Anda di sini

redONE komited tawar perkhidmatan prabayar dan pascabayar termurah buat pelanggannya

Advertisement
 Ben Teh ketika sesi wawancara khas di Ibu Pejabat redONE baru-baru ini.
KOMITED: Ben Teh ketika sesi wawancara khas di Ibu Pejabat redONE baru-baru ini.

PUCHONG: Walaupun baharu ditubuhkan pada 2012, redONE Network Sdn Bhd (redONE) kini dilihat mampu mengukuhkan kedudukannya setanding dengan syarikat perkhidmatan telekomunikasi lain.

Selain menawarkan pelan prabayar, redONE terlebih dahulu dikenali sebagai Pengendali Maya Mudah Alih (MVNO) pertama yang menyediakan perkhidmatan pascabayar serendah RM8 sebulan.

Kini dengan jumlah 1.2 juta pelanggan di seluruh negara, redONE komited menyediakan perkhidmatan prabayar dan pascabayar terendah serta mampu milik untuk semua pelanggannya.

Pengasas bersama dan Pengarah redONE, Ben Teh berkata, perjalanan yang penuh cabaran dari dulu tidak pernah menghalang redONE daripada maju ke hadapan sehingga mereka telah berjaya menambat hati lebih satu juta pengguna.

“Ia bukanlah tugas yang mudah. Seperti mana yang anda tahu, redONE terpaksa bersaing dengan syarikat perkhidmatan telekomunikasi lain selama tujuh tahun ini.”

“Sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang berterusan pelanggan kami sejak tahun 2012, keutamaan redONE adalah untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada sekali gus komited untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggan setia kami terutama golongan muda.”

“Zaman sudah berubah, pelan pascabayar banyak dilanggan oleh golongan dewasa namun trend ini sudah mula beralih kepada golongan yang lebih muda dengan adanya perkhidmatan pascabayar yang lebih murah dan sesuai dengan bajet mereka,” katanya ketika sesi wawancara khas bersama wartawan Utusan Borneo dan Oriental Daily News di Ibu Pejabat redONE, Puchong, baru-baru ini.

Sehubungan itu, bermula Oktober ini, pelanggan baharu dan sedia ada redONE berpeluang menikmati data bulanan yang lebih tinggi dengan pelan pascabayar Amazing38. Ia menawarkan 8GB data berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had percuma ke semua rangkaian lain di seluruh Malaysia, hanya untuk RM38 sebulan (tidak termasuk cukai perkhidmatan).

Bagi mereka yang sering menggunakan Internet sepanjang hari, redONE turut melancarkan  pelan Amazing68 dengan 20GB data berkelajuan tinggi termasuk data tambahan redVIDEO sebanyak 10GB untuk pelanggan melayari perkhidmatan penstriman video seperti iflix, tonton, Netflix, YouTube dan sebagainya.

Pelan ini turut dilengkapi dengan panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian dan bagi pelanggan baharu pula, mereka akan diberikan rebat percuma sebanyak RM10 untuk redVIDEO selama 12 bulan.

Pelanggan juga hanya perlu membayar RM58 sebulan (tidak termasuk cukai perkhidmatan) selama setahun sebelum harga pelan kembali kepada asal iaitu RM68 sebulan.

Transformasi redONE, kukuh kedudukan. Tambah Ben Teh, selain mengekalkan pelanggan yang sedia ada, redONE juga ingin membantu rakan niaga mereka berjaya dan mendapat keuntungan dalam perniagaan mereka.

Untuk tujuan itu, redONE menyediakan insentif dan memberikan rakan niaga perkongsian hasil berterusan dan bukannya insentif pendahuluan seperti syarikat telekomunikasi lain. Ini membantu rakan niaga redONE menjana pendapatan kekal dalam jangka masa panjang.

“redONE menyasarkan penambahan kedai konsep, pusat kejiranan, penasihat jualan dan kios di seluruh negara.”

Setakat ini redONE mempunyai 100 kedai konsep, 2,000 pusat jualan kejiranan (retail store),  17,000 penasihat jualan individu (Sales Advisor), 50 kios di pusat beli-belah dan kami turut mempunyai kios di universiti-universiti tempatan yang dikenali sebagai redONE One Campus di seluruh negara,” katanya lagi.

Selain itu, redONE juga mengamalkan konsep mesra alam di mana proses pendaftaran talian redONE tidak menggunakan kertas, sekali gus menjadikan taliannya mudah didaftarkan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Perkhidmatan yang dikenali sebagai mReg ini dapat mengurangkan kos selain meningkatkan produktiviti dan menyenangkan urusan pelanggan. Melalui aplikasi ini juga, redONE dapat membantu melahirkan ejen-ejen jualan dan usahawan berdaftar di seluruh negara dengan mudah.

Menerusi tawaran pelan prabayar dan pascabayar paling murah selain  jumlah rakan niaga yang makin bertambah, redONE menjangkakan sasaran untuk tiga juta pelanggan menjelang tahun 2021 akan tercapai.  

Lebarkan sayap ke peringkat global. Pada masa sama, redONE juga mempunyai rancangan jangka panjang utuk menembusi pasaran ASEAN. Pada pertengahan tahun ini, redONE telah melancarkan perkhidmatan pascabayar MVNO di Singapura.

Jelas Ben, melalui perkhidmatan pascabayar yang dilancarkan di Singapura, pelanggan redONE Singapura atau penduduk tempatan yang bekerja di sana boleh menggunakan kuota data tinggi mereka semasa berada di Malaysia atau Singapura tanpa menanggung caj data perayauan tambahan.

“Kami jangka akan menembusi pasaran negara Filipina, Vietnam dan Thailand dalam masa terdekat dan pada masa yang sama, redONE akan terus meneroka inisiatif baharu untuk memberikan pelanggan akses kepada lebih banyak tawaran eksklusif dan diskaun menarik pada masa akan datang,” katanya.

redONE berjaya merangkul anugerah MNVO Service Provider of the Year selama 3 tahun berturut-turut (2014, 2015 & 2016) dan untuk pertama kali pada tahun 2016, redONE telah memenangi The BrandLaureate Corporate Branding Award 2015-2016.

Untuk maklumat lanjut mengenai redONE, anda boleh melayari laman web redONE.com.my

  • oleh
  • Advertisement