Anda di sini

AS pamer gaya serangan agresif

Advertisement
 Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Negara-Negara CONCAFAF di antara Cuba dan AS di Washington, DC. — Gambar AFP
KAWAL: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Negara-Negara CONCAFAF di antara Cuba dan AS di Washington, DC. — Gambar AFP

WASHINGTON: Weston McKennie menjaringkan hatrik ketika Amerika Syarikat (AS) memulakan kempen mereka dalam Liga Negara-Negara CONCACAF dengan bergaya apabila mereka membelasah Cuba 7-0AS kelmarin.

Jordan Morris menambah satu gol dan menyumbang kepada tiga lagi, Josh Sargent menjaringkan satu gol manakala Christian Pulisic menyempurnakan satu tendangan penalti bagi pasukan Amerika, yang turut mendapat manfaat daripada gol jaringan sendiri oleh pasukan Cuba.

McKennie meletakkan pasukan tuan rumah di depan dalam masa tidak sampai seminit selepas perlawanan bermula dari hantaran lintang rendah oleh Morris.

Dia menambah gol kedua dalam gerakan yang hampir sama pada minit kelima dan selepas dia mengumpan bola kepada Morris untuk gol ketiga pasukan tuan rumah pada minit kesembilan, melengkapkan hatrik pada minit ke-13.

Ia merupakan hatrik terpantas yang diketahui dalam sejarah bagi pasukan AS.

Ia merupakan kekalahan besar kedua dalam pertandingan berkenaan bagi Cuba, yang kecundang 6-0 kepada Kanada pada pusingan sebelum ini.

Sementara AS bimbingan Gregg Berhalter perlu menunjukkan mereka dapat menewaskan pasukan lawan dengan kualiti yang jauh lebih tinggi, kemenangan mudah itu merupakan pembina keyakinan yang dialu-alukan bagi pasukan yang tewas kepada Mexico itu dalam perlawanan akhir Piala Emas pada Julai lalu.

Liga Negara-Negara, dengan model yang sama dengan kejohanan UEFA dengan nama yang sama di Eropah, memberi peluang kepada AS dan pasukan lain dalam CONCACAF untuk meningkatkan ranking mereka di dunia bagi mendapatkan penyertaan automatik pada pusingan terakhir peringkat kelayakan untuk Piala Dunia 2022.

Kejohanan itu juga merupakan laluan kelayakan bagi Piala Emas CONCACAF 2021.

Dalam aksi Liga A lain kelmarin, Mexico menewaskan Bermuda 5-1 di Hamilton. — AFP

Advertisement