Anda di sini

Penghantar surat khabar maut dalam kemalangan langgar lari

Advertisement
 

SIBU: Seorang wanita penghantar surat khabar maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce kira-kira pukul 2.15 pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata mangsa dikenali sebagai Wong Mee Jye berusia 62 tahun dan berasal dari Jalan Salim, Sibu.

"Mangsa menunggang motosikal bergerak dari arah Jalan Salim menuju ke Permai. Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar kenderaan yang tidak diketahui. Mangsa maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Stanley berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement