Anda di sini

Kekurangan bukan penghalang untuk berjaya

Advertisement
SUHANI
SUHANI

TAWAU: Kekurangan bukanlah penghalang untuk seseorang itu menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar malahan ianya menjadi penguat untuk terus berjaya.

Suhani Sukar, 20, merupakan pelajar yang terpaksa menggunakan tongkat untuk hadir ke sekolah kerana terlibat dalam kemalangan dua bulan yang lalu.

Beliau yang hadir menerima sijil penghargaan Majlis Apresiasi Kolej Tingkatan Enam terpaksa mendapat bantuan guru-guru dan rakan-rakan untuk naik ke pentas.

Beliau yang mengakui mendapat kesukaran untuk mengurus diri dan hadir ke sekolah kerana terpaksa mendapat bantuan sokongan daripada orang lain.

"Bagaimanapun, saya sangat bersyukur kerana mempunyai keluarga, guru-guru  dan rakan-rakan yang selalu membantu dan memberikan semangat untuk terus hadir ke sekolah," katanya.

Beliau juga mempunyai impian seperti pelajar lain untuk menyambung pelajar ke manara gading dan berharap dapat menghabiskan pengajian tingkatan enam walaupun dalam keadaan seperti sekarang.

Suhani juga berpesan kepada semua pelajar supaya jangan jadikan kekurangan sebagai alasan untuk pergi ke sekolah dan mencapai kejayaan sebaliknya teruskan berusaha seperti pelajar yang lain.
 

  • oleh
  • Advertisement