Anda di sini

Juragan disyaki cuba seludup mesin judi Wukong

Advertisement
 Hasil pemeriksaan menemukan anggota APMM Tawau dengan tiga mesin judi Wukong.
WUKONG: Hasil pemeriksaan menemukan anggota APMM Tawau dengan tiga mesin judi Wukong.

TAWAU: Tiga mesin permainan judi Wukong yang disyaki cuba dibawa keluar ke negara jiran dirampas di perairan daerah ini, kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau mengesan ketiga-tiga mesin di atas sebuah bot penumpang yang dijuragani seorang lelaki berusia 50 tahun.

Pengarah Zon Maritim Tawau Komander (M) Mohd Yusri Hussin berkata suspek, seorang juragan warga asing yang mempunyai dokumen pasport namun meragukan.

"Bot penumpang yang mempunyai nombor pendaftaran itu disyaki menuju masuk ke Sg Melayu, Pulau Sebatik dari arah Jeti Awam Tawau," katanya, di sini, semalam.

Yusri berkata pemeriksaan awal yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mesin judi berkenaan tidak dilengkapi dengan sebarang dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa.

Berikutan itu, kesemua mesin judi dan bot penumpang terbabit yang dianggarkan bernilai kira-kira RM56,000 disita untuk membolehkan proses siasatan dijalankan.

 Suspek ditahan kerana disyaki melanggar syarat lesen dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang meragukan.
TANGKAP: Suspek ditahan kerana disyaki melanggar syarat lesen dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang meragukan.

"Penahanan terhadap suspek dan rampasan barang-barang kes dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

"Suspek disyaki melanggar syarat sah lesen bot," katanya, serta menyeru orang ramai menyalurkan maklumat kepada Pusat Operasi APMM Tawau di talian 089-752115 atau MERS999.

  • oleh
  • Advertisement