Anda di sini

Grand Final E-Sport 12-13 Okt

Advertisement
 Penganjur dan wakil penaja Grand Final E-Sport Tour bersama Phoong (tengah) semasa kunjungan hormat di KBSS baru-baru ini.
E-SPORT: Penganjur dan wakil penaja Grand Final E-Sport Tour bersama Phoong (tengah) semasa kunjungan hormat di KBSS baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Grand Final E-Sport Tour Piala Gen Y Centre 2019 akan berlangsung di Centre Atrium, 1 Borneo Hypermall dekat sini.

Pertandingan yang akan berlangsung pada 12-13 Oktober itu mempertemukan jaguh-jaguh E-Sport dari seluruh negeri ini.

Acara itu mempertandingkan tiga jenis permainan iaitu Mobile Legend Bang Bang, Player Unknown Battleground (PUBG) dan Tekken 7.

Pertarungan akan melibatkan lapan kumpulan terbaik setiap permainan di mana kumpulan terbaik itu merujuk kepada pertandingan yang telah diadakan di enam bahagian sebelum ini.

Pengerusi Penganjur, Hafi Syazwan berkata, E-Sport Tour anjuran Gen Y Centre KK di bawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) itu bermula di peringkat bahagian.

"Pertandingan peringkat bahagian bermula Mac lalu melibatkan enam bahagian iaitu Tawau, Sandakan, Keningau, Beaufort, Kudat dan Kota Kinabalu.

"Lapan kumpulan terbaik setiap permainan dari setiap bahagian layak ke Grand Final," kata Hafi.

Menurutnya, Grand Final menawarkan  hadiah keseluruhan RM19,000.

"Selain mengangkat imej KBSD, acara ini bertujuan  mendapatkan data tentang penerimaan E- Sport di kalangan rakyat khususnya  belia Sabah sekali gus menjadikannya sebagai salah satu bidang yang boleh dijadikan karier hidup," katanya.

Beliau berkata, acara itu mendapat sokongan penuh daripada Menteri Belia dan Sukan, Phoong Jin Zhe, Majlis Sukan Negeri Sabah, Lembaga Sukan Negeri Sabah, Persatuan E-Sport Sabah dan Boost.

"Terima kasih atas sokongan. Terima kasih juga kepada para penaja seperti United 1Borneo Sdn Bhd, Digi Telecomication Sdn Bhd, Republic GG, OPPO, Ask Creative Printing, Fb Printing & Supply, Nadi Borneo Tour dan Life Water Industries," kata Hafi.

Penganjur juga telah melakukan kunjungan hormat kepada Phoong untuk memaklumkan acara itu baru-baru ini.

Bersama-sama rombongan dalam kunjungan hormat itu ialah Presiden E-Sport Sabah, Chucky Cheoh dan wakil-wakil penaja.

  • oleh
  • Advertisement