Anda di sini

Van rentung selepas terbakar secara tiba-tiba

Advertisement
 Anggota bomba bertindak pantas memadam api pada van terbabit.
PADAM: Anggota bomba bertindak pantas memadam api pada van terbabit.

TAWAU: Sebuah van rentung selepas secara tiba-tiba terbakar dengan sendirinya, di Jalan Milimewa Bandar Tawau, di sini kira-kira jam 11.27 pagi kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Sharudy Delamin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.31 pagi sebelum dua buah jentera digerakan ke lokasi kejadian bersama enam orang anggota yang diketuai oleh PBK II Abd  Malak.

"Setibanya di lokasi, kami dapati sebuah van sedang terbakar dan segera bertindak mengawal dan memadam kebakaran terbabit," katanya.

Sharudy berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada jam 11.46 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 11.48 pagi.

"Pasukan kita bertindak menamatkan operasi setelah keseluruhan api berjaya dipadamkan sehingga persekitaran diisytiharkan selamat untuk orang awam," katanya.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan.

  • oleh
  • Advertisement