Anda di sini

Ibrahimovic perkenal patung gangsa dirinya berhampiran stadium di Malmo

Advertisement
 Ibrahimovic memberikan ‘pose’ istimewa di hadapan patung gangsa tersebut pada majlis perasmian berhampiran stadium di Malmo, Sewden kelmarin. — Gambar AFP
BANGGA: Ibrahimovic memberikan ‘pose’ istimewa di hadapan patung gangsa tersebut pada majlis perasmian berhampiran stadium di Malmo, Sewden kelmarin. — Gambar AFP

MALMÖ: Zlatan Ibrahimovic merasmikan sebuah patung gangsa dirinya kelmarin berhampiran stadium di mana dia melancarkan karier priofesionalnya di bandar asalnya Malmo.

“Tidak kira dari mana anda berasal, di mana anda sekarang, tidak kira apa pun rupa anda, patung itu adalah simbol bahawa apa sahaja boleh berlaku,” kata pemain bola sepak Sweden yang paling terkenal, dan kelihatan terharu untuk melihat dirinya diabadikan buat selama-lamanya “di mana segalanya bermula”.

Ibrahimovic, yang pernah bermain bersama Paris Saint-Germain (PSG), sudah pun memiliki sebuah patung di muzium lilin Grevin di ibu negara Perancis.

Dia sudah menunggu patungnya di Sweden selama lima tahun. Patung itu, yang dibuat oleh pengukir dari Sweden, Peter Linde, menggambarkan Ibrahimovic setinggi 1.95 meter yang mengagumkan. Ukirannya setinggi 2.7 meter dan seberat 500 kg.

Ibrahimovic, dengan ibu bapa yang berhijrah dari bekas Yugoslavia, membesar dalam keadaan yang susah di Rosengard, sebuah kawasan kejiranan di Malmo yang terkenal kerana keganasan di antara geng-geng yang bermusuhan.

Dia pernah bermain untuk Malmo, kemudian Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, PSG dan Manchester United sebelum dia berhijrah ke LA Galaxy.

Dia membentuk reputasi sebagai seorang pemain yang memenangi kejuaraan liga, dengan mengutip 13 dalam 16 musim di Belanda, Itali, Sepanyol dan Perancis, tetapi satu, bersama Juventus, sudah ditarik balik sejak itu.

Pasukannya Galaxy sudah mara ke peringkat playoff Liga Bola Sepak Utama (MLS) dan akan menentang Minnesota di pusingan pertama pada 20 Oktober.

Ibrahimovic mendominasi pasukan kebangsaan Sweden dari 2001 hingga 2016, bermain mewakili negara sebanyak 116 kali dan menjaringkan 62 gol.

Dia masih seorang ikon di bandar asalnya.

“Dia adalah salah seorang daripada kami. Dia berasal dari Rosengard dan sudah menjadi raja bola sepak,” kata Jaafar, yang membesar di kawasan berkenaan dan tampil untuk bertemu dengan idolanya.

Ibrahimovic, yang terkenal kerana deklarasinya yang bombastik dan mungkin selamba, berkata sebelum dia meninggalkan PSG bahawa dia akan kekal jika pemilik kelab itu dapat memujuk bandar raya kelab itu untuk “menukar Menara Eiffel dengan patung saya”.

“Piala Dunia tanpa saya tidak ada apa-apa untuk dilihat, maka itu ia tidak berbaloi untuk menunggu Piala Dunia,” katanya ketika Sweden gagal untuk layak ke kejohanan akhir 2014. — AFP

Advertisement