Anda di sini

Bau busuk membawa kepada penemuan mayat warga emas

Advertisement
Anggota bomba dan polis di luar rumah berkenaan
Anggota polis dan bomba kelihatan di luar rumah berkenaan - Gambar ihsan bomba 

MIRI: Seorang lelaki warga emas ditemukan mati di lantai bilik tidur sebuah rumah di Jalan Krokop Lorong 7 di sini hari ini.

Mayat mangsa dikenali sebagai Lim Chai Hock, 74, berdasarkan kepada kad pengenalan dan kad perubatan yang dijumpai pihak polis di rumah tersebut. 

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari seorang pengadu sekitar 10.11 pagi memaklumkan terhidu bau busuk di rumah mangsa terbabit. 

Susulan itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri diarahkan ke lokasi kejadian. 

Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap
Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap - Gambar ihsan bomba 

"Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati pintu pagar rumah berkenaan berkunci dan kemudiannya bertindak memotong kunci berkenaan untuk masuk ke kawasan rumah. 

"Apabila berjaya memasuki rumah tersebut didapati seorang mayat lelaki dijumpai dalam sebuah bilik tidur dalam keadaan tertiarap di atas lantai," kata jurucakap tersebut. 

Pihak polis kemudiannya membuat kerja-kerja pengecaman dan siasatan sebelum tindakan mengangkat mayat dilakukan.

Pihak bomba seterusnya mengangkat serta memasukkan mangsa ke dalam beg mayat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

  • oleh
  • Advertisement