Anda di sini

Pelajar Politeknik lemas di Sungai Mandalipau

Advertisement

PAPAR: Seorang pelajar lelaki Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ditemukan lemas dalam kejadian di Sungai Mandalipau dekat sini pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, sebelum kejadian mangsa bersama 15 lagi rakannya berkelah di kawasan sungai berkenaan.

Katanya, rakan mangsa menyedari mangsa tidak timbul di permukaan air selepas terjun ke sungai.

"Rakan mangsa kemudiannya meminta pertolongan sebelum mangsa berjaya ditemukan di dasar sungai.

"Mangsa didapati tersangkut pada batu dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pekerja pusat rekreasi di kawasan itu," katanya mengesahkan kejadian ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Daerah Papar dan disahkan meninggal dunia oleh Pakar Perubatan Hospital Papar.

Menurutnya, hasil laporan hospital mengesahkan mangsa mati akibat lemas.

Dalam pada itu, Batholomew menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati semasa menjalankan apa-apa sahaja aktiviti luar.

  • oleh
  • Advertisement