Anda di sini

Promenade Hotel Kota Kinabalu tawar pakej perkahwinan menarik

Advertisement
 Hafizan (tengah) bersama rakan niaga lain bersama-sama menyempurnakan acara perasmian majlis berkenaan.
RASMI: Hafizan (tengah) bersama rakan niaga lain bersama-sama menyempurnakan acara perasmian majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Promenade Hotel Kota Kinabalu kini menjalinkan kerjasama bersama tujuh rakan niaga, penaja bagi mengilhamkan satu pakej perkahwinan menarik.

Pengurus Besar Promenade Hotel Kota Kinabalu Hafizan Wong berkata, pelancaran Promenade Wedding Pakej 2019 dijayakan bersama rakan seperti Memories Wedding Gallery, Yoshie Couture, Alice's Wedding Gallery, Pixel Print Photo Booth, Rad Stories, Talent Shop dan Super Events.

"Pasangan yang membuat tempahan pada hari pelancaran Bridal Fair pada hari ini (Ahad) dapat menikmati tawaran 'early bird' dan dijamin mendapat hadiah dengan memusing 'The Wheel of Love'.

 Model yang memperagakan pakaian pengantin sempena dengan Promenade Bridal Fair.
MODEL: Model yang memperagakan pakaian pengantin sempena dengan Promenade Bridal Fair.

"Selain itu, pasangan yang menempah untuk pakej perkahwinan Promenade 2020 turut berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah wang tunai bernilai RM3,888," katanya dalam satu ketika melancarkan Promenade Bridal Fair di sini semalam.
 
Beliau berkata, bagi pasangan yang masih mencari-cari lokasi perkahwinan sempurna, bolehlah berhubung dengan perancang perkahwinan Promenade Hotel Kota Kinabalu yang berpengalaman luas.

"Pasangan boleh melawat Bridal Gallery, Bridal Suites dan berbincang mengenai hari istimewa mereka bersama hotel ini secara terperinci.

"Untuk maklumat mengenai tawaran istimewa sepanjang minggu dari 7 Oktober sehingga 14 Oktober ini, anda boleh berhubung di talian 088-251 415," katanya.

Pameran Promenade Bridal Fair 2019 seterusnya adalah di Promenade Hotel Bintulu pada 20 Oktober 2019.

 Ramai pasangan hadir ke pameran berkenaan untuk berbincang mengenai pakej-pekej perkahwinan yang ditawarkan.
BERBINCANG: Ramai pasangan hadir ke pameran berkenaan untuk berbincang mengenai pakej-pekej perkahwinan yang ditawarkan.
  • oleh
  • Advertisement