Anda di sini

Enam gajah liar lemas

Advertisement
 Gambar yang dirakam Thai News Pix kelmarin menunjukkan bangkai salah seekor gajah terbabit di dasar air terjun berkenaan setelah sekawan gajah terjatuh lalu lemas di Taman Negara Khao Yai di tengah Thailand. — Gambar AFP
MALANG: Gambar yang dirakam Thai News Pix kelmarin menunjukkan bangkai salah seekor gajah terbabit di dasar air terjun berkenaan setelah sekawan gajah terjatuh lalu lemas di Taman Negara Khao Yai di tengah Thailand. — Gambar AFP

BANGKOK: Enam ekor gajah liar lemas selepas tergelincir dari atas air terjun di timur laut Thailand, menurut pihak berkuasa kelmarin, manakala dua ekor lagi berjaya diselamatkan selepas haiwan tersebut terkandas ketika cuba untuk menyelamatkan salah seekor rakan mereka yang telah terjatuh ke dalam air deras.

Pihak berkuasa di timur laut taman negara Khao Yai dikejutkan dengan ‘tangisan’ gajah meminta bantuan pada jam 3 pagi waktu tempatan, Jabatan Taman Negara, Pemeliharaan Tanaman dan Hidupan Liar Thai menyatakan dalam satu kenyataan.

Beberapa jam kemudian mereka menemui enam bangkai gajah di bahagian bawah air terjun Haew Narok (Lubang Neraka).

Dua daripada gajah itu dikatakan cuba untuk menyelamatkan salah seekor rakan mereka yang telah jatuh, sebaliknya mereka mendapati mereka sendiri terperangkap di kawasan batu yang nipis dan licin di atas air yang mengalir.

Video menunjukkan seekor lagi haiwan besar itu berusaha untuk naik semula ke atas di mana dua ekor itu berada.

Pihak berkuasa taman telah memberikan makanan yang dicampurkan dengan suplemen nutrisi dalam cubaan untuk menambahkan tenaga mereka dan memberikannya kekuatan untuk memanjat naik ke dalam hutan.

Mereka kemudian menyatakan kedua-dua gajah telah berjaya diselamatkan namun keadaannya sangat sukar.

Jurucakap jabatan taman Sompoch Maneerat menyatakan mereka masih belum jelas apa yang menyebabkan kemalangan itu.

“Tiada sesiapa yang tahu dengan pasti punca sebenar mereka jatuh, namun hujan lebat malam semalam,” beliau memberitahu AFP.

Air terjun itu telah ditutup kepada pelawat ketika usaha menyelamat dilakukan.

Gajah merupakan haiwan kebangsaan Thailand dan hidup di dalam hutan di beberapa bahagian di negara itu, namun jumlah mereka telah berkurangan kepada hanya beberapa ribu ekor.

Pemusnahan hutan telah mendesak populasi hutan semakin hampir dengan manusia sejak beberapa dekad ini dan jauh daripada  habitat asal mereka. — AFP

Advertisement