Anda di sini

Lelaki Kanada didakwa cabul wanita Australia di dalam bas express

Advertisement

BELURAN: Polis menahan seorang lelaki warga Kanada  berusia 69 tahun yang dipercayai mencabul seorang wanita warga Australia berusia 21 tahun di dalam bas express semasa dalam perjalanan di Telupid, baru-baru ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 1.47 pagi, ketika mangsa berada di dalam bas express duduk bersebelahan dengan suspek dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim  Muda berkata, mangsa menyedari perbuatan itu apabila suspek memasukan tangan ke dalam pakaiannya.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang duduk bersebelahan tempat duduk dengan suspek di dalam bas. Mangsa menyedari suspek telah meraba pada bahagian pahanya dan telah menyentuh seluar dalamnya.

"Mangsa kemudiannya bertindak dengan memarahi suspek atas perbuatan yang telah dilakukan dan telah berlaku kekecohan sebelum pemandu bas menukarkan tempat duduk suspek," katanya di sini.

Beliau berkata, suspek telah diserahkan kepada pihak polis sebaik tiba di Sandakan untuk siasatan lanjut.

Kasim berkata, suspek telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan ditawarkan denda sebanyak RM10,000 namun mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan pada 5 November depan.

  • oleh
  • Advertisement