Anda di sini

Pelajar pendidikan khas cedera jatuh dari tingkat satu

Advertisement
HARIS
HARIS

PENAMPANG: Seorang pelajar perempuan di sebuah Sekolah Pendidikan Khas di sini mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian berlaku apabila mangsa berumur 16 tahun ditemukan di atas lantai selepas dipercayai terjatuh dari tingkat satu bangunan.

“Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan sudah dihantar ke hospital serta sedang menerima rawatan di Zon Pemerhatian Separa Kritikal Hospital Queen Elizabeth (HQE),” katanya.

Menurutnya mangsa dipercayai mengalami kemurungan dan tekanan akibat disisihkan rakan lain di asrama sekolah sebelum kejadian berlaku.

Katanya kes akan disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement