Anda di sini

Lelaki lemas semasa menangkap ikan

Advertisement
 Pasukan SAR mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
JUMPA: Pasukan SAR mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

KOTA MARUDU: Seorang lelaki ditemukan lemas semasa menangkap ikan di kawasan sungai berhampiran Kampung Popok Laut di sini semalam.

Mangsa, Anika Takai, 29, ditemukan meninggal dunia berhampiran lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Thaddeus Boinon berkata mangsa dilaporkan hilang semasa menangkap ikan di kawasan sungai itu kira-kira jam 11.43 malam 1 September lalu.

"Bertindak dengan kejadian kita menggerakkan enam anggota dari BBP Kota Marudu dengan bantuan empat anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) ke lokasi bersama sebuah jentera dan bot untuk melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR)," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata operasi ditangguhkan pada jam 5 petang kelmarin berikutan tiada sebarang penemuan dan operasi disambung semula awal pagi semalam.

"Mangsa kemudiannya ditemukan oleh penduduk kampung pada jam 8 pagi semalam berhampiran kawasan mangsa terjatuh dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan jam 9.35 pagi,"katanya.

  • oleh
  • Advertisement