Anda di sini

Jaguh gusti lengan wanita bertarung di Kuching

Advertisement
 Pertarungan hebat bakal menampilkan tiga jaguh wanita gusti lengan.
PASTI HEBAT: Pertarungan hebat bakal menampilkan tiga jaguh wanita gusti lengan.

KUCHING: Jaguh gusti lengan wanita dari Jepun, Yoko Yamada akan bertarung dengan jaguh gusti lengan wanita Malaysia Abigail Kee Zing Ning dalam penentuan ranking dunia kategori tangan kanan 65k ke atas.

Diadakan di Premier 101 Armwrestling Gym pada 11 Oktober di sini, Yoko juga akan ditentang jaguh Premier 101 2019, Bernice Gan untuk kategori tangan kiri 65kg.

Pertarungan yang bakal menjanjikan persaingan hebat ini diiktiraf Liga Profesional Gusti Lengan dan merupakan Vendeta General.

Timbalan presiden Persatuan Gusti Lengan Malaysia (MyArm) Stephen Kee berkata persiapan tempat pertarungan berjalan lancar.

“Ini adalah pertarungan antarabangsa pertama kali menggunakan gimnasium dilengkapi peralatan Mazurenko yang canggih,” katanya yang juga timbalan presiden Kelab Gusti Lengan Premier 101 kepada Utusan Borneo, semalam.

Yoko merupakan Juara China 2019, Juara Jepun 2019, Juara Premier 101 2019 dan jaguh dunia 2015.

Abigail ialah Juara Malaysia 2019, Juara Sarawak 2019 dan Juara Premier 101 International Charity Armwrestling 2019.

Menurut Stephen, Abigail akan menjalani latihan dengan jurulatih terbaik dunia, Mazurenko di Lumia, Poland selama sebulan, bermula 1 hingga 30 November depan.

“Dia merupakan satu-satunya puller dari Asia Tenggara yang berlatih dengan Mazurenko,” katanya.

Seterusnya akan menyertai Kejohanan Dunia Gusti Lengan PAL pada 4 hingga 10 Disember di Warsaw, Poland. Dia akan mengambil bahagian dalam kategori super heavyweight wanita.

Advertisement