Anda di sini

Indeks jenayah Beluran meningkat

Advertisement
 Kasim bersama pegawai kanan ketika sidang media itu.
SIDANG MEDIA: Kasim bersama pegawai kanan ketika sidang media itu.

BELURAN: Indek jenayah di daerah Beluran dalam tempoh sembilan bulan tahun ini meningkat 22.22 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintenden Kasim Muda berkata sebanyak 55 kes direkodkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran dalam tempoh berkenaan tahun ini, berbanding hanya 45 kes tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, 67.27 peratus kes berjaya diselesaikan berbanding 55.56 peratus tahun 2018, peningkatkan sebanyak 11.71 perastus berbanding tahun lepas,” katanya dalam sidang media di IPD Beluran, semalam.

Beliau berkata sebanyak 50.34 peratus pertuduhan kes jenayah yang membabitkan 73 kes pertuduhan dibuat berbanding 145 kes kertas siasatan dibuka.

Kasim berkata sebanyak 94.12 peratus kes trafik membabitkan 176 kes pertuduhan telah dibuat berbanding 187 kes siasatan dibuka.

“Sejumlah 99.75 peratus diselesaikan membabitkan kes narkotik yang mana 399 kes telah dituduh berbanding 400 kes kertas siasatan dibuka,” katanya.

Dalam pada itu, Kasim memberitahu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Beluran juga berjaya membuat tangkapan dua kes melibatkan tangkapan empat orang warga asing membabitkan tangkapan dadah dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dalam tempoh yang sama.

“Tangkapan pertama di sebuah rumah pekerja Ladang Mega Paitan, Sugut pada 16 Mei lepas membabitkan dua lelaki warga Indonesia berumur 33 dan 43 tahun kerana memiliki dadah syabu anggaran berat kasar 56.7 gram yang bernilai RM 8,500.

“Pihaknya juga telah menyita sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dan RM2,700 wang tunai,” katanya.

Beliau berkata kes kedua juga di sebuah rumah pekerja Ladang Agroco Telupid pada 18 Julai lepas membabitkan dua lelaki antara 20 dan 23 tahun warga Filipina kerana memiliki dadah syabu dengan anggaran berat kasar 53.00 gram yang bernilai RM7,900.

"Tiga suspek ini masih dalam perbicaraan dan seorang lagi dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Rengam Johor selama dua tahun,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement