Anda di sini

Edar 17,509.4g dadah: Lelaki minta dibicarakan

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang berhadapan dengan hukuman gantung atau pemenjaraan seumur hidup, meminta dibicarakan atas tuduhan mengedar dadah seberat 17,509.4 gram.

Chew En Leong, 39, yang bekerja sendiri dibawa di hadapan Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan kepadanya.

Tertuduh didakwa mengedar sejumlah dadah jenis methamphetamine, pada 21 Disember tahun lalu jam 6.50 petang di sebuah premis perkhidmatan penghantaran di Jalan Gaya di sini.

Atas kesalahan itu, Chew didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.

Sekiranya tidak dikenakan hukuman mati, hendaklah dihukum dengan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes dan perbicaraan masing-masing pada 1 November dan 2 hingga 5 Mac tahun hadapan.

Sementara menunggu kes selesai, Chew diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement