Anda di sini

L’Oreal raikan wanita dengan pertunjukan fesyen penuh glamor

Advertisement
 Aktres AS Andie MacDowell, penyanyi British Cheryl, penyanyi AS-Cuba Camilla Cabello, aktres British Helen Mirren, penyanyi British Geri Horner, aktres AS Amber Heard, model Belanda Doutzen Kroes dan model Ethiopia Liya Kebede memperagakan rekaan untuk L’Oreal semasa pertunjukan fesyen di Monnaie de Paris, Paris pada 28 September lepas. — Gambar AFP
RAIKAN WANITA: Aktres AS Andie MacDowell, penyanyi British Cheryl, penyanyi AS-Cuba Camilla Cabello, aktres British Helen Mirren, penyanyi British Geri Horner, aktres AS Amber Heard, model Belanda Doutzen Kroes dan model Ethiopia Liya Kebede memperagakan rekaan untuk L’Oreal semasa pertunjukan fesyen di Monnaie de Paris, Paris pada 28 September lepas. — Gambar AFP

PEMBUAT komestik dari Perancis L’Oreal menganjurkan pertunjukan peragaan tahunannya pada Sabtu lepas yang memaparkan barisan bintang filem, penyanyi dan supermodel yang melambangkan pemerkasaan diri di acara sampingan pada Minggu Fesyen Paris.

Selebriti termasuk Naomi Campbell dari Britain menonton bersama audiens pertunjukan, yang diadakan di perkarangan bangunan neoklasikal Monnaie de Paris.

Aktres Amber Heard dan bintang pop Camilla Cabello berjalan-jalan di atas pentas peragaan bulat dalam penampilan julung kali di pertunjukan itu, bersama duta jenama sejak sekian lama Eva Longoria, aktres Andie McDowell, model Doutzen Kroes, dan bekas anggota kumpulan Spice Girl Geri Horner.

Helen Mirren yang senyum dan berkaki ayam menutup pertunjukan dengan gaun bercorak bunga, sambil berlari dengan riang di atas pentas.

L’Oreal, penaja rasmi bagi minggu fesyen, bekerja sama dengan gedung fesyen seperti Balmain, Elie Saab, Karl Lagerfeld dan Giambattista Valli untuk menyediakan gaun bagi model-modelnya yang berprofil tinggi.

Pengeluar barangan kecantikan terbesar di dunia itu, di belakang label seperti Maybelline dan Armani, mahu menggalakkan kepelbagaian dan pemerkasaan wanita dalam edisi ketiga bagi pertunjukan itu.

“Ia adalah hebat untuk bekerja dengan jenama yang memahami wanita, nilai diri sangat penting, ia adalah lebih daripada gincu atau warna rambut,” kata Longoria kepada Reuters Television.

“Kita ada pelangi kepelbagaian di atas pentas peragaan pada hari ini dengan Korea, Brazil, India dan saya dari Mexico. Definisi kecantikan berbeza di seluruh dunia dan untuk menyediakan satu pentas yang meraikan semua perbezaan itu adalah amat menakjubkan sekali.” — Reuters

Advertisement