Anda di sini

Produk tempatan boleh diketengah untuk pengunjung luar, dalam negara

Advertisement
 Azizah dan Abdul Kusen melihat produk tempatan daripada masyarakat setempat semasa Program Hari Kreativiti Se’Beaufort 2019 di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir.
TERTARIK: Azizah dan Abdul Kusen melihat produk tempatan daripada masyarakat setempat semasa Program Hari Kreativiti Se’Beaufort 2019 di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir.

BEAUFORT: Industri produk tempatan berasaskan makanan dan kraftangan boleh diketengahkan lebih jauh hingga ke peringkat antarabangsa.

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun berkata, daerah ini dan Kuala Penyu berpontensi besar untuk dimajukan dalam sektor pelancongan dan pertanian.

Katanya, Hari Kreatif Se’Beufort merupakan program yang julung kali diadakan di daerah ini yang dapat menyasarkan masyarakat setempat berbilang kaum dan agama.

“Program kreativiti boleh menghasilkan reka cipta yang berinovasi daripada produk tempatan (pakaian/makanan/hasil kraftangan) sebagai produk pelancongan yang menarik untuk pengunjung luar dan dalam negara datang ke Daerah Beaufort.

“Selain mencungkil bakat orang Beaufort, ia juga menggalakkan budaya kreativiti serta inovasi dalam kalangan masyarakat di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Hari Kreativiti Se’Beaufort 2019 di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir, di sini semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Setiausaha Politik Abdul Kusen Hussen @Mujahrin yang mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Menurut Azizah, hasil produk tenpatan dari daerah ini dapat dipromosi dan dipasarkan agar menjadi satu tanda kepada daerah Beaufort.

Beliau juga berharap program kreativiti itu akan menjadi program tahunan Parlimen Beaufort dan meminta kerjasama serta sokongan daripada pihak kerajaan Persekutan dan negeri di samping agensi-agensi berkaitan agar dapat membantu mencungkil bakat, kreativiti yang bakal menjadi kunci kepada kemajuan sosio ekonomi tempatan.

Jelasnya, ia adalah selaras dengan hasrat kementerian untuk meningkatkan kualtiti produk pelancongan negara.

“Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah bukan setakat untuk pelajar sahaja tetapi juga dapat mencungkil bakat serta kreativiti di samping mempromosikan Beaufort ini sebagai daerah istimewa untuk pelancong yang datang berkunjung,” katanya.

Beliau berharap mana-mana pihak yang aktif dalam bidang perniagaan dapat bersama-sama membantu kerana ia akan memberi pulangan kepada masyarakat setempat apabila ramai pelancong tempatan dan luar negara datang ke daerah ini.

Hadir sama ialah ADUN Klias Datuk Isnin Aliasnih, ADUN Lumadan Matbali Musah, Pengarah Pelancongan Malaysia Sabah Jamilah Abdul Halim dan Pengurus Balai Seni Lukis Sabah Jennifer P Linggi.

Advertisement