Anda di sini

Bomba selamatkan treler terbakar

Advertisement
 Anggota bomba Skuad C melakukan pemadaman api yang menjejaskan lori treler di Jalan Highway Nagapas Simpudu.
PADAM: Anggota bomba Skuad C melakukan pemadaman api yang menjejaskan lori treler di Jalan Highway Nagapas Simpudu.

PAPAR: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar menjalankan tugas cemerlang apabila berjaya menyelamatkan sebuah lori treler yang terbakar di Jalan Highway Nagapas Simpudu, di sini semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Sulaiman Menin berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian seawal jam 12.29 pagi.

“Kita menggerakkan anggota dari Skuad C bagi melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera.

“Kebakaran dapat dikawal hasil tindakan cekap anggota bomba daripada memusnahkan keseluruhan lori,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, sepasukan anggota dari Skuad A BBP Papar berjaya melaksanakan operasi menyelamat di Taman Nagapas di sini.

Komander Operasi Pegawai Bomba (PB) Jolis Boliking berkata, kejadian jam 6.30 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas di tepi jalan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini dan mangsa sudah dihantar ke hospital untuk diberi rawatan susulan manakala kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

 Keadaan kenderaan mangsa yang terbabas di Taman Nagapas, Papar.
TERBABAS: Keadaan kenderaan mangsa yang terbabas di Taman Nagapas, Papar.
  • oleh
  • Advertisement