Anda di sini

PSB sedia ‘gegar’ landskap politik Sarawak, letak calon boleh menang pada PRN12

Advertisement
Wong ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 penyokong PSB pada Majlis Makan Malam Sempena Perayaan Pertengahan Musim anjuran PSB Zon Selatan.
Wong ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 penyokong PSB pada Majlis Makan Malam Sempena Perayaan Pertengahan Musim anjuran PSB Zon Selatan.

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan meletakkan calon boleh menang di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sekitar Kuching pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Presidennya Dato Sri Wong Soon Koh berkata enam kerusi DUN itu ialah Batu Kawa, Sentosa, Padungan, Batu Kitang, Pending dan Batu Lintang.

“PSB akan memilih calon yang benar-benar boleh menang di semua kerusi di Kuching iaitu Batu Kawa, Sentosa, Padungan, Batu Kitang, Pending dan Batu Lintang," katanya di hadapan kira-kira 1,000 penyokong PSB yang hadir pada Majlis Makan Malam Sempena Perayaan Pertengahan Musim anjuran PSB Zon Selatan di sini malam Ahad.

Wong  berkata ia seiring hasrat PSB untuk menggegarkan landskap politik Sarawak pada PRN akan datang.

Sehubungan itu beliau menggesa ahli parti PSB di Kuching khasnya bersedia menghadapi PRN akan dating kerana parti itu berhasrat untuk berjuang kembali ke dalam kumpulan politik arus perdana dan memulakan bab politik baharu dalam persekitaran politik negeri.

“Orang berkata amat sukar untuk saya kembali aktif dalam politik selepas saya meletak jawatan dari cabinet tetapi saya lakukannya dengan itu PSB boleh mempunyai masa depan politik yang lebih cerah,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu berkata kehidupan merupakan satu kitaran penuh dengan masa baik dan buruk maka berdepan cabaran adalah lumrah.

Menurutnya enam bulan lalu, PSB telah merekodkan pertumbuhan dan pembangunan parti yang besar serta mendapat sokongan sangat jelas daripada masyarakat Dayak khususnya di luar bandar. 

Dalam tempoh enam bulan yang lalu, Wong berkata parti politik telah mendaftarkan pertumbuhan yang besar dalam pembangunan parti dan asas anggota dan sokongan seperti ini amat jelas dalam masyarakat Dayak yang didominasi di luar bandar.

“Disebabkan itu, beberapa parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menganggap kami sebagai ancaman dan mengambil langkah serius terhadap kita untuk meminggirkan kita,” katanya.

Wong menambah, keputusan menerima ahli parlimen dari kalangan parti komponen GPS dan pemimpin-pemimpin politik menyertai PSB mungkin telah mengecewakan mereka dalam GPS.

“Apabila GPS mengambil beberapa langkah untuk cuba meminggirkan kami (PSB), saya merasakan saya tidak ada lagi ‘moral locus standi’ untuk mewakili parti kita dalam kabinet. Ia juga berkaitan integriti politik memutuskan saya untuk meletak jawatan dari kabinet.

“Sekarang PSB bebas melakukan apa yang direncana. Tidak seperti sebelum ini, kita mesra GPS. Berbalah dengan orang di sana sini tetapi kita tidak di sana atau di sini tetapi sekarang jalan di hadapan kita terbuka lebar. Masa depan kita semakin luas,” jelasnya

Wong berkata dengan sokongan komuniti sebagai tulang belakang parti, PSB akan berjuang untuk Sarawak yang adil, kepentingan rakyat dilindungi tanpa mengira bangsa, budaya, kepercayaan dan latar belakang.

Katanya sejak PSB dijenama semula daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) parti itu menerima sokongan besar daripada orang ramai, puluhan ribu memohon menyertainya.

“Hasilnya PSB bersedia mengibar bendera di setiap sudut Sarawak dengan membuka pusat-pusat khidmat dan cawangan di kawasan luar bandar untuk memberi khidmat lebih baik kepada rakyat.

“Jalan politik di hadapan PSB pastinya lebih luas dan lebih cerah. PSB berjanji kepada masyarakat pelbagai kaum, kami akan berjuang demi kesaksamaan dan keadilan untuk semua,” katanya.

Advertisement