Anda di sini

52 suspek dadah ditangkap

Advertisement
 Antara suspek dadah yang berjaya ditangkap dalam Ops Sarang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
SUSPEK DADAH: Antara suspek dadah yang berjaya ditangkap dalam Ops Sarang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Sebanyak 24.57 gram dadah dengan anggaran nilai RM2,198 dirampas dalam Ops Sarang yang dijalankan di sekitar kawasan bandaraya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, dadah terbabit termasuklah 14.87 gram dadah jenis syabu dan 9.7 gram ketamin.

Katanya, seramai 52 suspek dadah ditangkap dalam 20 serbuan operasi yang bermula 14 hingga 20 September lepas.

"Kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Seramai 31 tangkapan adalah warga tempatan manakala 21 yang lain adalah warga asing berumur dalam lingkungan 16 hingga 57 tahun," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, pihaknya menjalankan Ops Sarang sebanyak tiga kali di tiga lokasi serbuan di Pekan Inanam, Kampung Sembulan dan Kampung Labou, di sini.

Beliau berkata, seramai 39 individu diperiksa dan disiasat dalam operasi berkenaan.

George berkata, Ops Sarang itu bertujuan mengenal pasti serta mengambil tindakan bukan sahaja kepada ahli sindiket pengedaran dadah.

Malah, jelasnya, ia bagi membanteras masalah penagihan yang semakin berleluasa.

  • oleh
  • Advertisement