Anda di sini

Ops PTI Bersepadu tahan 10 warga Filipina

Advertisement
 Anggota polis membawa tangkapan dalam Ops PTI Bersepadu berkenaan.
PTI: Anggota polis membawa tangkapan dalam Ops PTI Bersepadu berkenaan.

KOTA KINABALU: Operasi Pendatang Tanpa Izin (PTI) Bersepadu di daerah ini menahan seramai 10 warga Filipina dalam serbuan di tujuh lokasi sekitar bandaraya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, operasi terbabit dijalankan selama enam jam bermula jam 2 petang kelmarin.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 16 hingga 55 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

"Selain PTI yang ditangkap, seramai 70 individu turut diperiksa dan dilepaskan sebaik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan pemeriksaan dokumen.

"Tumpuan lokasi operasi melibatkan kawasan mempunyai kadar pertumbuhan PTI yang mengundang kepada kegiatan jenayah di daerah ini," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, operasi berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang dan orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran.

  • oleh
  • Advertisement