Anda di sini

Enam peserta memohon program Inkubasi Usahawantani UPMKB 2.0

Advertisement
 Para peserta program merakamkan gambar kenangan bersama Dr Mass dan Dr Ong (duduk tengah dan kiri) serta pihak UPMKB.
UNTUK ALBUM: Para peserta program merakamkan gambar kenangan bersama Dr Mass dan Dr Ong (duduk tengah dan kiri) serta pihak UPMKB.

BINTULU: Seramai enam peserta hadir daripada 31 orang yang telah memohon Program Inkubasi Usahawantani Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) 2.0 di Dewan Taklimat Bangunan UPMKB baru-baru ini.

Program itu telah dirasmikan Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPM Serdang Profesor Madya Dr Mass Hareeza Ali@Hamid dan dihadiri Penyelaras program Prof Madya Dr Ong Kian Huat yang mewakili Pengarah UPMKB Prof Dr Bujang Kim Huat.

Program ini telah mendapat sokongan padu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan UPM yang telah memberikan peruntukan kepada UPMKB untuk melaksanakannya.

Menurut kenyataan UPMKB, objektif program itu adalah untuk melahirkan usahawantani yang cemerlang dan berwibawa serta bersedia untuk melaksanakan projek pertanian.

"Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang pertanian, di samping dapat meningkatkan pengeluaran makanan negara," tambah kenyataan itu semalam.

Pada sesi kali ini katanya, Unit Inkubasi UPMKB telah menawarkan tiga modul iaitu Modul Penanaman Secara Fertigasi, Modul Ternakan Ayam Kacukan dan Ternakan Ikan Dalam Sangkar.

Jelasnya, Unit Inkubasi Usahawantani UPMKB akan membuka semula tawaran bagi pusingan kedua pada November ini dan tawaran itu adalah untuk memberi peluang kepada graduan yang berminat untuk mengikuti program tersebut.

Katanya, Program Inkubasi Usahawantani ditawarkan kepada pemohon yang sekurang-kurangnya memiliki sijil, diploma dan berumur tidak melebihi 30 tahun yang mana graduan UPM termasuk UPMKB amat digalakkan untuk mengikuti program ini.

Advertisement