Anda di sini

Kesatuan Pekerja SESB bertemu Tun Mahathir

Advertisement
 Tun Mahathir bersama rombongan KPP SESB.
TEMUI TUN M: Tun Mahathir bersama rombongan KPP SESB.

KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (KPP SESB) berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kunjungan hormat di pejabat beliau, baru-baru ini.

Kunjungan itu bertujuan memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai matlamat dan fungsi kesatuan khususnya dalam membantu SESB menjadi sebuah syarikat utiliti tenaga di Sabah yang produktif dalam melahirkan para pekerja yang mahir, bermotivasi dan berdedikasi demi kebaikan syarikat sebagai pemangkin pembangunan negeri Sabah.

“Kita juga telah mengambil peluang yang ada dalam waktu singkat itu untuk mengharapkan agar kebajikan pekerja SESB adalah terjamin dalam proses peralihan SESB kepada kerajaan negeri Sabah,” kata Presiden KPP SESB Azhar MY Ahmad.

Menurut beliau, KPP SESB turut merasa lega apabila Perdana Menteri menyokong agar penambahan peluang pekerjaan di Sabah harus berlaku dan bukan pengurangan peluang pekerjaan.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah barisan Ahli Majlis Tertinggi KPP SESB.

Advertisement