Anda di sini

Kekalkan perpaduan, perkasakan jati diri: Azis

Advertisement
 Rani (tiga dari kanan)  duduk bersila di atas tikar sambil menjamu selera. 
SANTAI: Rani (tiga dari kanan)  duduk bersila di atas tikar sambil menjamu selera. 

KOTA KINABALU: Seluruh lapisan masyarakat diseru mengukuh dan mengekalkan perpaduan untuk memperkasa jati diri dalam membina negara-bangsa yang disegani. 

Selain itu, menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Haji Jamman, generasi muda juga perlu mengambil bahagian dalam semua agenda pembangunan negara.

"Kita berharap generasi muda akan turut serta dalam agenda pembangunan negara kerana mereka mempunyai tanggungjawab untuk menjana pembangunan negara dan tunjang kepimpinan pada masa depan. 

"Saya menyeru agar kita bersama-sama memelihara keamanan dan keharmonian yang kita nikmati ketika ini. 

"Kita hidup dalam sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dan agama, namun perbezaan bukan alasan untuk kita tidak bersatu padu. 

"Mari kita buat titik persamaan dan elakkan perbezaan kerana perpaduan merupakan kunci keharmonian dan kesejahteraan dalam membina bangsa merdeka," ujarnya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Sepanggar, Raini Lekup merangkap Setiausaha Parti Warisan dalam Majlis Perasmian Program Merdeka @Komuniti (MPKK) ldi Dewan Posompuruan Kobuti dekat Inanam,  pada Ahad malam. 

Sambil mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia, Mohd Aziz turut berharap Jabatan Penerangan (JaPen) akan terus  mamasarkan maklumat dasar-dasar kerajaan secara konsisten dan professional.

"JaPen harus konsisten memberikan maklumat dan pendidikan kepada penduduk kampung serta pendedahan tentang insentif kerajaan, peluang-peluang untuk meningkatkan ekonomi dan kebajikan rakyat. 

Persembahan oleh artis-artis Pentarama JaPen Sabah. 
MERIAH:Persembahan oleh artis-artis Pentarama JaPen Sabah. 

"Pelaksanaan Program Merdeka @Komuniti yang diadakan di seluruh Malaysia sejak 1 Julai hingga 30 September diisi dengan kempen memasang Jalur Gemilang di premis,  rumah dan kenderaan,  pertandingan keceriaan,  bicara tokoh dan sebagainya adalah sangat baik untuk menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan. 

"Semoga aktiviti seumpama ini dapat menyuntik semangat patriotik dalam kalangan rakyat, di samping memeriah dan menggelorakan lagi sambutan bulan kebangsaan dan Hari Malaysia pada setiap tahun," jelas beliau. 

  • oleh
  • Advertisement