Anda di sini

Pembenihan awan dari Labuan perbaiki jerebu di Sarawak

Advertisement
 Petugas udara dalam pembenihan awan.
PASUKAN: Petugas udara dalam pembenihan awan.

LABUAN: Jabatan Meteorologi Malaysia melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di sini semalam bagi memastikan atmosfera kawasan di Kuching Sarawak bertambah baik.

Pegawai Pejabat Meteorologi Labuan Mazrin Maring berkata, operasi yang dilancarkan dari Markas Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan itu telah menggunakan 7200 liter air garam sepanjang operasi tiga jam.

"Operasi meliputi kawasan barat Bumi Kenyalang iaitu Sri Aman, Kuching, Samarahan, Betong dan Sarikei melibatkan pesawat Charlie C130 Hercules milik TUDM,"katanya.

Tambahnya, operasi itu berlandaskan kriteria tertentu yang perlu dipenuhi bagi memastikan kejayaannya.

Antara kriteria ialah kelembapan tinggi, atmosfera tidak stabil serta pembentukan awan kombulus dan angin lemah bagi memudahkan pembentukan awan terjadi. 

"Semua kriteria itu dipenuhi, jadi sesuailah berbanding hari-hari lain, pembenihan awan ini memang dimulakan hari ini,"katanya.

Mazrin seterusnya menjelaskan, mungkin hari-hari berikutnya pemantauan terus dijalankan untuk melihat kesesuaian untuk menjalankan pembenihan awan.

Mazrin berkata demikian ketika ditemui media di markas No.14 Squadron TUDM Labuan.

Mazrin menasihatkan orang awam yang berada di kawasan yang dilanda jerebu agar mengawasi tahap kesihatan manakala pihaknya sentiasa membuat pemantauan tentang keadaan jerebu dari semasa ke semasa.

  • oleh
  • Advertisement