Anda di sini

Maqis, Kastam Labuan rampas benih pinang dan tanah dari Brunei

Advertisement
 Basran (kanan) bersama Lisa dan Adrina menunjukkan rampasan benih dan tanah.
TANGKAPAN: Basran (kanan) bersama Lisa dan Adrina menunjukkan rampasan benih dan tanah.

LABUAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan dan merampas Benih Buah Pinang dan Tanah dari Brunei di Terminal Feri Antarabangsa di sini semalam yang dibawa masuk penumpang feri.

Pegawai Penguatkuasa Basran Dangu berkata, hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasa Maqis bersama Kastam Diraja Malaysia mendapati penumpang berkenaan membawa 2kg benih buah pinang dan 5kg tanah tanpa dokumen.

"Perbuatan membawa masuk benih buah dan tanah tanpa dokumen sah dari negara asal dan negara destinasi merupakan kesalahan yang boleh dedenda tidak melebihi RM100,000 atau penjaran tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Kesalahan tersebut boleh disabitkan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3).

Menurutnya, mana-mana konsainan yang dibawa masuk ke dalam negara tanpa mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan akan ditahan dan dirampas untuk tindakan selanjutnya.  

Beliau menegaskan, kawalan pemeriksaan dan penguatkuasaan pengimportan di pintu-pintu masuk sentiasa dipergiatkan bagi memastikan konsainan yang diimport mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan seperti bebas perosak dan penyakit dan bahan cemar serta selamat dimakan demi menjaga kesejahteraan rakyat. 

Turut serta dalam sidang media ialah dua penguat kuasa Lisa Michael dan Adrina Majundal.

Advertisement