Anda di sini

Bas media berlanggar dengan pesawat Trudeau di Kanada

Advertisement
 Trudeau turun dari pesawat gantian, selepas pesawat kempennya rosak akibat dilanggar bas media, setibanya untuk acara kempen pilihan raya parti Liberal di Kamloops,             British Columbia, Kanada kelmarin. — Gambar Reuters
SELAMAT TIBA: Trudeau turun dari pesawat gantian, selepas pesawat kempennya rosak akibat dilanggar bas media, setibanya untuk acara kempen pilihan raya parti Liberal di Kamloops, British Columbia, Kanada kelmarin. — Gambar Reuters

OTTAWA: Usaha Justin Trudeau bagi pelantikan semula telah berdepan dengan rintangan apabila sebuah bas membawa wartawan bertembung dengan pesawat kempennya semasa satu persinggahan di wilayah pa-ling barat Kanada, memaksa beliau untuk menerbangkan sebuah pesawat pinjaman kelmarin.

Menurut wartawan yang ikut serta dengan pemimpin Liberal itu, perlanggaran berlaku sejurus selepas mendarat di Victoria pada Rabu lepas semasa bahagian pertama untuk jelajah merentasi negara.

Bas media itu dipandu di bawah dan bergesel pada sayap pesawat, kata mereka.

Trudeau telah meninggalkan lapangan terbang. Gambar di media sosial menunjukkan satu torehan di bawah bahagian sayap.

“Tidak ada kecederaan dan kerosakan terhadap pesawat sedang dinilai,” jurucakap Liberal Eleanore Catenaro memberitahu AFP.

Kemalangan itu, tambahnya, tidak akan menjejaskan jadual Trudeau yang sibuk, termasuk beberapa persinggahan kempen kelmarin di Kamloops dan Edmonton.

Sebuah pesawat baharu telah disediakan, namun ia tidak menampilkan nama Trudeau dan penjenamaan parti yang terdapat padanya seperti mana pada yang asal.

Pengulas mencadangkan bahawa kemalangan tersebut adalah alegori kepada per-mulaan kempen Trudeau yang sukar, di mana beliau berdepan dengan kritikan baharu mengenai campur tangan beliau dalam pendakwaan satu jenayah korporat.

“Ia baharu sehari dan pesawat pilihan raya Liberal telah dilanggar oleh sebuah bas,” menurut satu tajuk utama.

Di Twitter, ramai yang kelihatan mentertawakannya, dengan satu kenyataan mencadangkan bahawa ketua Konservatif Andrew Scheer berasa gayat akibat “sayap kiri telah rosak” dalam kemalangan itu.

Pesawat Scheer sendiri telah bertukar arah dise-babkan oleh kabus ketika penerbangannya dari Ottawa pada Rabu lepas, memaksa calon itu, pasukan kempennya dan wartawan agar berhenti setengah jalan dan menaiki bas selama sejam bagi acara kempen pertama-nya di Trois-Rivieres, Quebec. — AFP

Advertisement