Anda di sini

Penagih berulang dipenjara lima tahun

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dikenakan penjara lima tahun, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan berulang menggunakan dadah.

Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Rizal Kassim, 53, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku salah.

Tertuduh didapati positif menggunakan dadah pada 16 Julai jam 9.30 malam di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini.

Untuk itu, Mohd Rizal disabitkan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dihukum mengikut Seksyen 39 C (1) (b) akta sama.

Hukuman yang diperuntukkan penjara antara lima tahun hingga tujuh tahun dan dikenakan tidak melebihi tiga sebatan.

Walau bagaimanapun berikutan daripada faktor umur tertuduh yang berusia 50 tahun ke atas, tiada sebat dikenakan terhadapnya.

Semasa rayuan, tertuduh memohon supaya hukumannya diringankan kerana masih mempunyai tanggungan di luar.

Namun Timbalan Pendakwaraya Mas Izatty Lokman menegaskan hukuman yang berat harus dijatuhkan dengan mengambil kira keseriusan kesalahan.

Selain itu, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama tempoh dua tahun setelah tamat tempoh pemenjaraan.

  • oleh
  • Advertisement