Anda di sini

Pemandu lori bebas tuduhan edar dadah

Advertisement
 Muhd Zubir (tengah) berjabat tangan dengan Dominic (kiri) dan Luke (kanan).
LEGA: Muhd Zubir (tengah) berjabat tangan dengan Dominic (kiri) dan Luke (kanan).

KOTA KINABALU: Seorang pemandu lori mampu mengukir senyuman, setelah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, atas tuduhan mengedar dadah seberat 1,0332 gram.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad melepaskan dan membebaskan Muhd Zubir Hj Sabtal@Hj Jamil, 34, yang diwakili peguam Dominic Chew dan Luke Ressa Balang.

Tertuduh didakwa mengedar sejumlah dadah jenis Methamphetamine itu, pada 4 Januari 2017 jam 2.45 pagi di sebuah bilik hotel, Jalan Sepanggar Bay di sini.

Atas kesalahan itu, Muhd Zubir didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.

Hukuman yang diperuntukkan gantung mandatori atau penjara seumur hidup, sekiranya tidak dikenakan hukuman mati hendaklah disebat tidak kurang daripada 15 sebatan.

Terdahulu Timbalan Pendakwaraya Nartiah F.Michell Sambatan memberitahu, bahawa beliau mendapat arahan daripada pihak atasan untuk tertuduh dilepaskan daripada tuduhan terbabit.

Sementara itu, pihak pembelaan tidak menyatakan apa-apa bantahan.

Menunggu sehingga kes selesai, Muhd Zubir direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement