Anda di sini

Ambil tanah Palestin, semua perjanjian akan berakhir: Abbas

Advertisement

RAMALLAH: Andai Israel merampas sebahagian Tebing Barat yang diduduki, semua perjanjian yang dimeterai dengan rejim zionis itu akan berakhir, kata Presiden Palestin Mahmoud Abbas dalam satu kenyataan.

“Kesemua perjanjian ber-akhir jika Israel menguasai Lembah Yordania, bahagian utara Laut Mati dan mana-mana bahagian wilayah Pa-lestin yang diduduki pada 1967,” ujarnya, lapor agensi berita Anadolu.

Kenyataan Abbas sebagai reaksi balas kepada peng-umuman Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang beliau akan menggabungkan Lembah Jordan dan beberapa penempatan andai memenangi pilihan raya Israel minggu depan.

Tegas beliau rakyat Pa-lestin “berhak untuk mempertahankan hak mereka dan akan berusaha mencapai matlamat kita walau dengan apa cara sekali pun.”

Kenyataan Netanyahu bercanggah dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, tambahnya.

Netanyahu berkata Israel akan memberikan kedaulatan ke atas Lembah Jordan dan penempatan lain di Tebing Barat.

Pilihan raya Israel akan diadakan pada 17 September.

Dianggarkan seramai 650,000 penduduk Yahudi Israel menetap di lebih 100 penempatan yang dibina sejak 1967, ketika rejim zio-nis itu menduduki Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.

Palestin mahukan wilayah-wilayah ini – bersama dengan Semenanjung Gaza – bagi mewujudkan negara Pa-lestin.

Di bawah undang-undang antarabangsa sebarang aktiviti pembangunan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, adalah haram. — Bernama

Advertisement