Anda di sini

Waspada dengan ancaman buaya ganas

Advertisement
 Operasi bersepadu memburu buaya ganas yang disyaki menyerang seorang wanita sehingga maut di Sungai Kalabakan kini dibantu dengan aset bot PPM Tawau.
BURU: Operasi bersepadu memburu buaya ganas yang disyaki menyerang seorang wanita sehingga maut di Sungai Kalabakan kini dibantu dengan aset bot PPM Tawau.

KALABAKAN: Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada sekiranya hendak melakukan rutin harian di sekitar Sungai Kalabakan, berikutan ancaman buaya ganas.

Pegawai Hidupan Liar Tawau Sailun Aris berkata, peringatan terbabit mengambil kira sungai berkenaan menjadi sumber utama orang kampung mendapatkan bekalan air.

“Penduduk kampung diharap berhati-hati ketika melakukan rutin harian seperti mandi, membasuh pakaian dan menangkap ikan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berakta, operasi bersepadu Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau memburu buaya ganas yang disyaki menyerang seorang wanita sehingga maut kini memasuki hari kedua.

Menurutnya, operasi terbabit diteruskan dengan bantuan aset bot daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau sekali gus menambah kekuatan pasukan yang menyertai usaha itu.

Untuk rekod, gerakan itu dimulakan kelmarin melibatkan pemasangan perangkap ayam yang disertai Balai Polis Kalabakan, Bomba dan Penyelamat Tawau dan Pejabat Daerah.

Sabtu lepas, seorang wanita, Nur Fatimah Saleh, 33, ditemukan maut disyaki akibat diserang dan dibaham buaya semasa membasuh pakaian di tepi sungai kira-kira jam 10.30 pagi.

  • oleh
  • Advertisement