Anda di sini

Ratusan penduduk Australia meninggalkan rumah, polis siasat kebakaran mencurigakan

Advertisement
 Gambar serahan AAP menunjukkan anggota bomba berusaha memadam kebakaran semak di Peregian Springs di Sunshine Coast, Australia, kelmarin. — Gambar Reuters
MARAK: Gambar serahan AAP menunjukkan anggota bomba berusaha memadam kebakaran semak di Peregian Springs di Sunshine Coast, Australia, kelmarin. — Gambar Reuters

SYDNEY: Ratusan penduduk Australia meninggalkan rumah mereka di wilayah timur semasa 149 kebakaran memusnahkan beberapa bahagian di Queensland dan New South Wales (NSW), kata pihak berkuasa semalam.

Angin kuat telah me-marakkan lagi kebakaran semak di dua negeri Australia sejak kelmarin, dengan api yang berada di luar kawalan di beberap kawasan, memusnahkan ribuan hektar tanah.

Sekurang-kurangnya lapan daripada kebakaran itu adalah mencurigakan dan akan disiasat, Pesuruhjaya Polis Queensland Katrina Carroll memberitahu warta-wan.

“Sebahagian daripada kebakaran itu telah melibatkan kanak-kanak yang bermain dan kesannya adalah teruk serta… sebahagian lagi adalah disengajakan dan berniat jahat,” jelas beliau.

“Akibat daripada sebaha-gian kebakaran ini adalah teruk. Orang boleh terkorban. Bangunan dan rumah telah musnah.”

Di wilayah timur laut Queensland sahaja, paras kelembapan yang rendah, angin kuat dan tumbuh-tumbuhan yang kering kontang telah menyebabkan 85 kebakaran lagi yang memus-nahkan atau merosakkan 84 rumah di sekitar negeri, kata pegawai perkhidmatan bomba.

Terdapat lebih 400 orang yang berada di pusat pemindahan, pemangku perdana menteri Queensland, Jackie Trad memberitahu wartawan. Beliau menambah bahawa tiada laporan mengenai kematian atau kehilangan.

“Selain dari Sunshine Coast,  kami masih lagi melihat api di seluruh negeri,” jelas beliau.

Di kawasan berhampiran New South Wales, anggota bomba sedang berdepan dengan 55 kebakaran dan kira-kira lima kawasan hartanah disahkan musnah, kata Perkhidmatan Bomba Luar Bandar NSW kelmarin. — AFP

Advertisement