Anda di sini

Jerebu: Sarikei kawasan ke-4 catat kualiti udara sangat tidak sihat di Sarawak

Advertisement
acaan Indeks Pencemaran udara (API) setakat jam 9 pagi menunjukan keadaan udara tuada sihat pada paras indeks 245. Perkhidmatan Perahu Tambang masih berjalan seperti biasa membawa penumpang menyeberangi Sungai Sarawak.
Perkhidmatan Perahu Tambang masih berjalan seperti biasa membawa penumpang menyeberangi Sungai Sarawak meskipun bacaan IPU 245 iaitu sangat tidak sihat di Kuching setakat 9 pagi. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Satu lagi kawasan di Sarawak iaitu Sarikei mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat, menjadikan kesemuanya  empat kawasan yang merekodkan IPU melebihi 200 setakat pukul 8 pagi ini

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Sarikei meningkat daripada 203 pada 12 tengah malam tadi kepada 206 pagi ini.

Tiga lagi kawasan yang mencatatkan kualiti udara sangat tidak sihat sebelum ini terus mencatatkan peningkatan dengan Kuching 242 berbanding 225 pada 12 tengah malam tadi.

Manakala Sri Aman dan Samarahan masing-masing menunjukkan penurunan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu 244 dan 201 berbanding 259 dan 205 pada 12 tengah malam tadi.

Empat kawasan lain yang merekodkan IPU tidak sihat iaitu Miri (102), ILP Miri (145), Sibu (173) dan Mukah (125).

Lima kawasan lagi mencatatkan indeks kualiti udara pada tahap sederhana seperti S.K Baram (96), Bintulu (99), Samalaju (91), Kapit (96) dan Limbang (85).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memberitahu setakat ini, sebanyak 40 kawasan  titik panas dikesan di Sarawak.

Manakala titik panas di Kalimanan adalah sebanyak 646 sementara di Sumatera 116 dan Brunei 1.

Dalam pada itu, sebanyak 147 kes kebakaran hutan, belukar dan tanah gambut dilaporkan berlaku di seluruh Sarawak bagi tempoh 1 September  sehingga setakat pukul 7.30 pagi ini.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, jumlah kawasan terjejas akibat kebakaran itu adalah seluas 248.366 ekar ekar sepanjang tempoh tersebut. 

Secara purata JBPM Sarawak bertindak 15 kes kebakaran api belukar setiap hari yang mana jumlah kes tertinggi dalam tempoh sehari dicatatkan pada 6 September iaitu 26 kes dan 5 September 20 kes. 

Advertisement