Anda di sini

9 ribu petugas memadam kebakaran hutan dan belukar di Kalimantan Barat dan Sumatera

Advertisement
Berita mengenai kebakaran hutan dilaporkan di akhbar Pontianak Post hari ini.

PONTIANAK:  'Ekspor Asap Lagi ke Malaysia' itu antara tajuk utama akhbar Pontianak Post hari ini yang mengisahkan keadaan kebakaran hutan dan belukar dan jerebu semasa di Kalimantan Barat dan Sumatera.

Kebakaran tersebut menyebabkan jerebu melanda beberapa kawasan di Sarawak. 

"Sebaran asap di laman BMKG pada Minggu (8/9) pukul 11 pagi menunjukkan adanya sejumlah besar asap yang bergerak dari wilayah barat Provinsi Kalimantan Barat menuju ke wilayah Sarawak, Malaysia," lapor akhbar itu.

Akhbar itu turut melaporkan Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) menugaskan kira-kira 9,000 personel bagi kerja-kerja pemadaman.

"Ada juga pengerahan 37 pesawat untuk 'water bombing' dan patroli. 

"Khusus di Provinsi Riau, dikerahkan pesawat untuk operasi teknologi modifikasi cuaca/ hujan buatan," BNPB dipetik.

Sementara itu, tinjauan mendapati bandar ini turut diselubungi jerebu.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan bacaan pada tahap sederhana, 58 pada pukul 9 pagi.

  • oleh
  • Advertisement