Anda di sini

Taktik licik tanam petrol terbongkar

Advertisement
 Setelah digali tektik licik tanam gelen petrol terbongkar.
TERBONGKAR: Setelah digali taktik licik tanam gelen petrol terbongkar.

LAHAD DATU: Taktik licik penyeludup barangan terkawal akhirnya terbongkar apabila Pasukan Polis Marin (PPM) menemukan 12 gelen berisi petrol  ditanam di persisir pantai Kampung Sinakut Felda Sahabat, dekat sini.

Menurut Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali, sepasukan anggota menemukan kawasan mencurigakan itu berpandukan maklumat Unit Risikan Marin.

"Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan itu, sebanyak 12 gelen berwarna hijau berisi minyak petrol ditemui dan disyaki akan diseludup ke negara jiran," katanya dalam kenyataannya.

Kata Pajeri, nilai rampasan dianggarkan RM583.20 dan kesemua barangan bukti kes telah dibawa ke Pengkalan Maekas Operasi PPM Lahad Datu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan yang  jika sabit kesalahan boleh didenda satu juta perseorangan dan penjara tiga tahun.

  • oleh
  • Advertisement