Anda di sini

Konsisten berusaha petua kekal pencapaian

Advertisement
 Musbah menyampaikan sijil anugerah cemerlang kategori perempuan.
CEMERLANG: Musbah menyampaikan sijil anugerah cemerlang kategori perempuan.

KOTA BELUD: Kalangan pelajar diingatkan agar terus konsisten berusaha meskipun telah melakar pelbagai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli berkata, usaha konsisten perlu dilakukan demi mengekalkan kejayaan yang pernah dicapai.

"Kejayaan pada hari ini perlu dikekalkan dengan melipat ganda usaha agar terus cemerlang dalam pembelajaran," katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SMK Taun Gusi 2019 semalam.

Musbah seterusnya mengucapkan syabas kepada semua pelajar yang berjaya memperoleh anugerah dan berharap pelajar lain memperoleh kejayaan sama dalam majlis anugerah akan datang.

Musbah yakin semua pelajar boleh mencapai kejayaan asal ada keinginan dan kesediaan bertungkus lumus memperbaiki pencapaian.

Turut hadir Pengetua Cemerlang SMK Taun Gusi Haji Suid Haji Hanapi, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Anjan Rudin, Wakil Pegawai Daerah Kota Belud Salleh Ombang, Yang DiPertua PIBG Maisarah Meran dan Pegawai Perhubungan Polis IPD Kota Belud Insp. Felix Junior.

  • oleh
  • Advertisement