Anda di sini

Festival Toronto 2019 beri lebih tumpuan kepada wanita

Advertisement
MERYL STREEP
MERYL STREEP

DENGAN penghormatan istimewa kepada Meryl Streep, sajian gala yang diabadikan kepada pembuat filem wanita, dan sebuah anugerah sulung untuk wanita berbakat, penganjur berkata Festival Filem Antarabangsa Toronto pada minggu ini akan memberi penghormatan kepada wanita-wanita terkemuka dalam filem-filem.

Pelakon senarai A daripada Natalie Portman hingga kepada Nicole Kidman, dan Kristen Stewart hingga kepada Streep, akan berjalan di atas permaidani merah di festival filem terbesar Amerika Utara, juga dikenali sebagai TIFF, yang bermula pada Khamis lepas dan berlangsung sehingga 15 September.

Festival di bandar raya terbesar di Kanada dilihat sebagai langkah penting dalam perjalanan untuk mencapai keagungan Oscar – pemenang Filem Terbaik baru-baru ini termasuk ‘Green Book’ dan ‘The Shape of Water’ muncul sebagai calon-calon pilihan utama di sini.

Di antara tayangan perdana dunia yang menarik perhatian ramai pada tahun ini adalah satira Nazi arahan Taika Waititi ‘Jojo Rabbit’, dan filem dibarisi ramai bintang yang sedih mengenai banduan menunggu hukuman mati ‘Just Mercy’, yang memaparkan Jamie Foxx, Michael B. Jordan dan Brie Larson.

Ia akan ditayangkan di sisi filem-filem ‘heavyweight’ yang segar dari festival Venice yang sedang berlangsung seperti ‘Joker’.

Venice mencetuskan kontroversi apabila mereka meletakkan hanya dua buah filem sahaja yang diarah oleh wanita dalam program hadiah utamanya – keributan yang diburukkan lagi oleh keputusan untuk menjemput pengarah Roman Polanski, yang mengaku melakukan rogol statutori atau bawah umur beberapa dekad yang lalu.

Penganjur di Toronto berkata ia adalah satu “keutamaan” untuk memperbetulkan ketidakseimbangan terhadap kaum wanita selama ini dalam industri perfileman.

“Kami sebenarnya telah memilih untuk meletak jantina dan penampilan jantina di depan,” kata ketua festival Cameron Bailey kepada AFP.

“Sebagai satu kebimbangan dalam filem pada amnya, terdapat sejarah yang lama mengenai perkara ini dari mula lagi … ia menjejaskan filem pada setiap peringkat.”

Lebih 300 buah filem dari 84 buah negara akan ditayangkan kepada pengkritik, pengarah dan penggemar filem tetap di Toronto, termasuk 133 tayangan perdana dunia.

Hampir separuh daripada filem-filem gala di festival itu diarahkan oleh wanita – sembilan daripada 20 orang pengarah – termasuk kesemua tiga wanita dalam barisan pada Sabtu malam.

Filem animasi terbitan DreamWorks ‘Abominable’, yang ditulis dan diarah oleh Jill Culton, menceritakan kisah seorang kanak-kanak perempuan berbangsa China yang cuba membantu seekor yeti ajaib kembali kepada keluarganya.

Ia disusuli tayangan perdana dunia bagi biopik  personaliti TV Fred Rogers, ‘A Beautiful Day in the Neighborhood’, yang diarah oleh Marielle Heller dan dibintangi Tom Hanks.

Malam itu berakhir dengan ‘Hustlers’, kisah benar mengenai sekumpulan penari bogel di New York yang menipu ahli perniagaan Wall Street untuk mendapatkan wang yang begitu banyak sekali.

Ia dibintangi Jennifer Lopez dan diarah oleh Lorene Scafaria.

Buat pertama kali, festival itu akan mengadakan “gala penghormatan” memberi hadiah sepenuhnya untuk memberi penghormatan kepada karier cemerlang dalam filem.

Streep, yang kini mempromosikan filem aksi terbitan Netflix tentang Panama Papers, ‘The Laundromat’, akan menerima hadiah aktres yang pertama.

Ketua bersama festival Joana Vincent berkata keputusan untuk memberi penghormatan kepada Streep “tidak memerlukan otak”, dan memberitahu AFP: “Dia begitu luar biasa berbakat, dan ia adalah lakonan luar biasa yang mengejutkan dalam ‘The Laundromat’ ini yang rasa begitu segar dan berlainan.

“Dan dia adalah Meryl Streep! Kepada siapa lagi anda mahu berikan anugerah penghormatan pertama anda?”

Satu lagi anugerah baharu yang memberi penghormatan kepada bakat wanita muda cemerlang akan disampaikan kepada Mati Diop, seorang pengarah Perancis berkulit hitam dan berusia 37 tahun yang mengarah filem ‘Atlantics’ – sebuah cerita hantu yang seram tentang pendatang Afrika – yang memenangi Grand Prix di Cannes.

Bintang ‘Joker’ Joaquin Phoenix akan menerima anugerah pelakon lelaki pertama, manakala Waititi mendapat hadiah pengarah.

- Rock’n’roll -

TIFF bermula Khamis dengan dokumentari ‘Once Were Brothers: Robbie Robertson and the Band’, sebuah biopik tentang kumpulan muzik yang ditubuhkan di Toronto pada zaman 1960an dan menjadi salah sebuah kumpulan rock paling berjaya sepanjang zaman.

Filem itu memaparkan wawancara dengan bintang-bintang ternama dalam rock’n’roll termasuk Bob Dylan, Bruce Springsteen dan Eric Clapton.

Martin Scorsese, yang pernah bekerjasama dengan Robertson untuk skor bagi ‘The Wolf of Wall Street’ dan filem akan datang ‘The Irishman’, juga tampil.

Pada hujung minggu, Portman akan tiba untuk mempromosikan drama angkasawan terbitan Fox ‘Lucy in the Sky’, Stewart membintangi filem aksi politik terbitan Amazon ‘Seberg’, dan Kidman dipaparkan dalam filem terbitan Warner Bros yang diadaptasikan daripada novel epik tulisan Donna Tartt ‘The Goldfinch’. — AFP

Advertisement