Anda di sini

Tangkapan kes dadah di Lahad Datu naik 5 peratus

Advertisement
NASRI.
NASRI.

LAHAD DATU: Daerah ini mencatatkan sebanyak 508 tangkapan melibatkan siasatan kes bekalan dan kes memiliki dadah  bagi tempoh Januari hingga 30 Ogos lalu.

Tempoh yang sama tahun lalu bagi kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 itu merekodkan 484 tangkapan iaitu peningkatan lima peratus atau bertambah 24 tangkapan.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor dalam kenyataannya berkata, bagi tangkapan melibatkan penyalahgunaan dadah (ujian saringan awal polis), yang disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 seramai 566 tangkapan dicatatkan.

Katanya, jumlah itu juga meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat sebanyak 35 peratus atau 148 tangkapan.

"Bagi tangkapan kes bekalan mengikut Seksyen 39B bagi tempoh sehingga Ogos tahun ini mencatatkan sebanyak lapan kes melibatkan tujuh tangkapan dengan rampasan dadah jenis syabu sebanyak 1,415.87 gram.

"Mengikut Seksyen 39A (2) pula sebanyak 13 kes melibatkan 14 tangkapan dengan rampasan dadah jenis syabu sebanyak 428.07 gram.

"Bagi Seksyen 39A(1) sebanyak 63 kes melibatkan 84 tangkapan dengan rampasan syabu sebanyak 463.22 gram," katanya.

Dalam tempoh lapan bulan tahun ini juga merekodkan dadah jenis Methamphetamine (syabu) mencatat jumlah terbanyak dirampas iaitu sebanyak 2,358.84 gram, ganja (1.01 gram),Ekstasi (4.42 gram) dan Ketamin (0.63 gram).

Menurut Nasri, Op Sarang yang dilaksanakan terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa satu dari Januari hingga 28 Julai 2019 dan fasa kedua bermula 28 Julai dan seterusnya.

Fasa pertama merekodkan 732 orang telah diperiksa yang melibatkan 412 tangkapan iaitu bagi kesalahan dadah seramai 216 orang ditahan dan kesalahan lain-lain (196 orang).

Bagi fasa kedua Ops Sarang, 27 kali operasi dilaksanakan dengan 171 orang direkodkan telah diperiksa melibatkan 70 tangkapan dalam kesalahan dadah dan lain-lain (tiga orang).

"Bagi pelucuthakan harta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Lahad Datu, jumlah sitaan setakat ini bernilai RM224,200 melibatkan sitaan barang kemas, kenderaan dan motosikal," katanya.

  • oleh
  • Advertisement