Anda di sini

Maritim Malaysia tahan dua lelaki miliki dokumen palsu

Advertisement
 Bot nelayan ditahan Maritim Malaysia.
DIPERIKSA: Bot nelayan ditahan Maritim Malaysia.

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan dua lelaki warga asing disyaki memiliki dokumen pengenalan diri palsu di perairan dekat sini, pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, pihaknya telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kira-kira jam 7.45 pagi.

“Bot nelayan itu bergerak dari laut menuju ke Jeti Pasar Besar Sandakan untuk menurunkan hasil tangkapan ikan campur dianggarkan seberat 400 kilogram sebelum di tahan,” katanya.

Beliau berkata, seramai 19 awak-awak termasuk tekong berumur di antara 17 hingga 54 tahun diperiksa.

"Sebelas warga tempatan, lapan warga Filipina, enam daripadanya berdaftar manakala dua lagi pemegang kad IMM13 disyaki palsu.

“Bot dan anak kapal dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya.

 Dua lelaki yang ditahan.
TAHAN: Dua lelaki yang ditahan.

Mohd Khairulanuar berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar segera menyalurkan sebarang aduan salah laku jenayah atau kecemasan di laut dengan menghubungi terus bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian MERS 999.

  • oleh
  • Advertisement