Anda di sini

Calvin kemuka permohonan dapatkan 10 mesin dialisis

Advertisement
 Calvin berkata sesuatu kepada kakitangan semasa melawat pusat berkenaan.
BINCANG: Calvin berkata sesuatu kepada kakitangan semasa melawat pusat berkenaan.

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan Persekutuan bagi menambah 10 lagi mesin dialisis kepada Hospital Duchess Of Kent (HDOK).

Beliau telah menerima aduan rakyat bahawa mesin dialisis di Pusat Dialisis HDOK Sandakan tidak mencukupi untuk menyediakan perkhidmatan dialisis untuk pesakit buah pinggang.

 Calvin kemudiannya telah turun melawat ke pusat berkenaan sebagai usaha mendapatkan maklumat sebenar.

Beliau berkata, tujuannya melawat Hospital di bahagian Pusat Dialisis Sandakan untuk memahami keadaan sebenar serta situasi berlaku di pusat itu.

“Selepas memahami situasi sebenar dengan kakitangan perubatan, saya mendapati pusat dialisis Sandakan telah lama menghadapi masalah mesin dialisis yang tidak mencukupi.

“Pada masa ini, pusat dialisis mempunyai sejumlah 28 mesin dialisis untuk menyediakan perkhidmatan dialisis kepada pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang,” katanya.

Katanya, mesin tersebut hanya dapat digunakan oleh tiga pesakit buah pinggang  pada setiap hari.

“Setiap pesakit boleh mengambil tiga perkhidmatan dialisis pula dari Isnin hingga Sabtu, dan setiap pesakit menggunakan mesin tersebut memerlukan 15 minit untuk menjalankan pembersihan buah pinggang antara setiap perkhidmatan dialisis,” katanya.

 Calvin berkata, dia akan berusaha untuk memohon peruntukkan daripada Kementerian Kewangan Persekutuan.

"Saya harap agar boleh menambah 10 mesin dialisis dan menambah jumlah kakitangan perubatan di Pusat Dialisis Sandakan.

“Saya berharap Kementerian Kewangan boleh meluluskan pembiayaan dan kerajaan persekutuan boleh memberi lebih perhatian kepada perkhidmatan perubatan Sandakan untuk memenuhi keperluan orang Sandakan.

Beliau juga mendapati dalam pusat dialisis terdapat 12 pesakit yang mempunyai masalah prosedur dan mesin dialisis yang tidak mencukupi.

“Walau bagaimanapun, apabila mereka memohon untuk rawatan, mereka dimasukkan dalam senarai menunggu.

 “Sesetengah pesakit menunggu selama tiga bulan. Beliau berharap untuk membantu golongan miskin bagi menyelesaikan masalah permohonan untuk menjalani rawatan dialisis selama beberapa bulan,” jelasnya.

Beliau berharap agar pesakit mendapat rawatan segera, untuk mengelakkan kemerosotan keadaan.

“Saya harap akan mendapat berita positif dari pihak berkuasa untuk memperbaiki atau menambahbaik kekurangan dalam pusat dialisis di Sandakan demi kesejateraan rakyat,” katanya.

 
  • oleh
  • Advertisement