Anda di sini

Beetex Interior Furnishing Centre adakan promosi produk Goodnite

Advertisement
 Tiong (dua kanan), Pengurus Jualan Goodnite, Wong Poh On (kiri), Penyelia Jualan Kanan Beetex, Lam Lee Chan dan Eksekutif Jualan Bryan Wong ketika mempromosikan tilam Goodnite Love Series II.
DIBUAI MIMPI: Tiong (dua kanan), Pengurus Jualan Goodnite, Wong Poh On (kiri), Penyelia Jualan Kanan Beetex, Lam Lee Chan dan Eksekutif Jualan Bryan Wong ketika mempromosikan tilam Goodnite Love Series II.

KUCHING: Beetex Interior Furnishing Centre mengadakan promosi selama empat hari bermula semalam hingga Isnin (9 September) bagi semua produk Goodnite.

Pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak 50 hingga 70 peratus untuk semua produk Goodnite termasuk siri terbaharu yang ditawarkan, ‘Love Series II.’

Goodnite membawa perubahan dalam industri tilam dengan memperkenalkan barisan produk baharu revolusioner iaitu pelarasan ‘Dual Layer Pocketed Coil System’ yang secara semula jadi bertindak balas dan menyesuaikan diri secara berterusan dengan badan.

Terdapat dalam saiz ‘King’ dan ‘Queen,’ tilam Goodnite Love Series II menggabungkan Sistem ‘Dual Layer Pocketed Coil’ dengan StatFree, teknologi antistatik yang dipatenkan dari Belgium.

Ditenun dengan benang karbon ultra halus, Statfree meneutralkan elektrik statik yang terkumpul di seluruh badan sekali gus menjadikan tidur lebih baik di samping menghilangkan ketegangan dan tekanan.

Dengan setiap pembelian tilam Goodnite Love Series II, pelanggan akan mendapat dua bantal secara percuma.

Sepanjang promosi ini diadakan, Beetex juga menerima tukar beli tilam lama tanpa mengira jenama dan jenis, dengan jumlah dagangan maksimum RM500.

Pelanggan boleh berkunjung ke Beetex dari jam 10:30 pagi hingga 7:30 malam hari ini (Sabtu), atau jam 10:30 pagi hingga 5:30 petang pada esok hari dan Isnin.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pengurus bilik pameran Jerry Tiong di talian 082-427863 atau 016-8893131.

Beetex Interior Furnishing Centre terletak di Lot 217, Seksyen 43, KTLD, Jalan Tabuan.

Advertisement