Anda di sini

Parlimen Tawau rai pesakit kanak-kanak di Wad Pediatrik

Advertisement
 Ahli rombongan P. 190 Tawau melakukan majlis pemotongan kek bersama doktor dan jururawat Wad Pediatrik Hospital Tawau.
GEMBIRA: Ahli rombongan P. 190 Tawau melakukan majlis pemotongan kek bersama doktor dan jururawat Wad Pediatrik Hospital Tawau.

TAWAU: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau (P. 190) meraikan pesakit kanak-kanak di Wad Pediatrik Hospital Tawau sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Kenyataan media daripada P. 190 di sini, semalam menyebut bahawa inisiatif berkenaan dilaksanakan bersama oleh Biro Kesihatan serta Biro Wanita dan Kanak-Kanak mereka.

Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew diwakili oleh Pengerusi Biro Kesihatan P. 190 Dr. Christina Lo serta Pengerusi Biro Wanita dan Kanak-Kanak P. 190 Lau Jin Nah.

 Liew yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menghadiahkan kanak-kanak terbabit dengan bungkusan hadiah.

 Pada masa sama, rombongan P. 190 turut meraikan doktor dan jururawat-jururawat yang bertugas di wad berkenaan serta menghadiahkan mereka bingkisan kek dan hamper.

Sempena lawatan itu, mereka juga mengagih-agihkan bendera kepada kanak-kanak dan ahli keluarga pesakit serta menyanyikan bersama lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku.

Dalam ucapannya, Dr Lo berterima kasih kepada semua yang membantu merealisasikan program itu khususnya Pengarah dan Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Tawau.

-tamat-

  • oleh
  • Advertisement