Anda di sini

Netflix tayangkan ‘The Irishman’ arahan Scorsese di pawagam

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 1 Disember 1 2018 ini menunjukkan aktor AS Robert De Niro dan pengarah Martin Scorsese (kanan), tiba di Marrakech International Film festival di bandar Marrakesh. Filem gengster yang dibarisi ramai bintang terbitan Netflix berjudul ‘The Irishman’ hanya akan dikeluarkan secara terhad sahaja di pawagam, kata gergasi striming itu baru-baru ini. Filem jenayah epik arahan Martin Scorsese yang sudah lama dinanti-nantikan dan dibintangi Robert De Niro dan Al Pacino itu mem
KE PAWAGAM: Gambar fail yang diambil pada 1 Disember 1 2018 ini menunjukkan aktor AS Robert De Niro dan pengarah Martin Scorsese (kanan), tiba di Marrakech International Film festival di bandar Marrakesh. Filem gengster yang dibarisi ramai bintang terbitan Netflix berjudul ‘The Irishman’ hanya akan dikeluarkan secara terhad sahaja di pawagam, kata gergasi striming itu baru-baru ini. Filem jenayah epik arahan Martin Scorsese yang sudah lama dinanti-nantikan dan dibintangi Robert De Niro dan Al Pacino itu mem

FILEM gengster yang dibarisi ramai bintang terbitan Netflix berjudul ‘The Irishman’ hanya akan dikeluarkan secara terhad sahaja di pawagam, kata gergasi striming itu baru-baru ini.

Filem jenayah epik arahan Martin Scorsese yang sudah lama dinanti-nantikan dan dibintangi Robert De Niro dan Al Pacino itu memakan belanja AS$175 juta untuk diterbitkan, dan merupakan sebahagian daripada usaha Netflix sejak sekian lama untuk mendapatkan penerimaan industri perfileman tradisional – dan anugerah tertinggi – sebagai penyedia kandungan senarai A.

Namun aktivis termasuk pengarah Steven Spielberg telah menyatakan bahawa filem yang diterbitkan dan dikeluarkan oleh syarikat striming tidak sepatutnya layak untuk anugerah Oscar.

‘The Irishman’ akan ditayangkan di pawagam terpilih di Amerika Syarikat (AS) selama 26 hari sebelum Netflix mengadakan tayangan global pada 27 November, kata syarikat tersebut.

Netflix sedang menimbang kepentingan komersial dengan cita-citanya untuk memenangi anugerah Oscar, kerana peraturan Anugerah Akademi mewajibkan tayangan sekurang-kurangnya selama tujuh hari di pawagam.

Namun sebarang harapan bagi tayangan sepenuhnya di pawagam musnah selepas rundingan dengan beberapa rangkaian multipleks besar berhubung jendela yang lebih lama nampaknya telah gagal.

Filem itu akan ditayangkan di pawagam bebas, selepas pawagam seperti Cineplex, Regal dan AMC berpegang teguh kepada jendela tradisional mereka selama 90 hari, menurut laporan media Hollywood.

Ramai yang menyokong pengecualian kandungan striming dari Anugerah Oscar telah mencadangkan agar striming di rumah atau dalam alat tidak menggambarkan pengalaman wayang sebenar.

Pertarungan di antara wayang tradisional dengan striming menjadi begitu ketara sekali selepas Netflix mencatatkan kejayaan yang mengagumkan di Anugerah Akademi pada awal tahun ini.

Netflix mengadakan tayangan selama 23 hari di pawagam bagi filem arahan Alfonso Cuaron ‘Roma’, yang menerima 10 pencalonan Oscar, dan memenangi tiga.

Baru-baru ini, ia mengeluarkan rancangan bagi beberapa filem musim anugerah, termasuk filem lakonan Meryl Streep ‘The Laundromat’, dan ‘Dolemite is My Name’ yang dibintangi Eddie Murphy.

Sepuluh filem cereka berkenaan akan memiliki jendela (tempoh) tayangan di pawagam daripada seminggu hingga ke sebulan.

‘The Irishman’ akan ditayangkan di pawagam terhad di Los Angeles dan New York bermula 1 November, sebelum ia dibawa ke bandar raya tambahan di AS dan UK bermula 8 November.

Ia menceritakan kisah benar yang menjangkau tempoh beberapa dekad mengenai pemimpin kesatuan yang berpengaruh Jimmy Hoffa (Pacino), ketua jenayah Russell Bufalino (Joe Pesci) dan Frank ‘The Irishman’ Sheeran (De Niro), yang mendakwa dia membunuh lebih 25 orang atas arahan mereka. — AFP

Advertisement