Anda di sini

Bina lebih banyak rumah mampu milik

Advertisement
 Susan (empat dari kanan), Chua (tiga dari kanan) dan jawatankuasa penganjur menyampaikan jemputan rasmi kepada  Hiew (empat dari kiri) ke  Festival Tanglung Pertengahan Musim Luruh, di Jalan Gaya pada 15 September.
JEMPUTAN: Susan (empat dari kanan), Chua (tiga dari kanan) dan jawatankuasa penganjur menyampaikan jemputan rasmi kepada Hiew (empat dari kiri) ke Festival Tanglung Pertengahan Musim Luruh, di Jalan Gaya pada 15 September.

KOTA KINABALU: Pembangunan perumahan di Sabah menjadi keutamaan Kerajaan Negeri, terutamanya dalam membolehkan pemilikan rumah di kalangan kumpulan berpendapatan rendah.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hiew Vun Zin berkata, kerajaan Negeri berharap pemaju swasta boleh membina lebih banyak perumahan mampu milik untuk meningkatkan pemilikan rumah di Sabah.

Beliau bekata demikian semasa menerima kunjungan hormat oleh Presiden Persatuan Masyarakat Cina Bersatu Sabah (USCCAKK) Datuk Susan Wong Siew Guen, timbalan presiden Datuk Chua Soon Ping dan ahli jawatankuasa di sini, semalam.

Susan dan Chua adalah pemaju hartanah terkemuka di Sabah.

 Hiew berkata, sebelum menjadi pembantu menteri, beliau adalah ahli yang aktif dalam pergerakan pemuda Persatuan Hakka Sandakan dan sering menyertai lawatan persatuan itu ke China atau mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan.

 Oleh itu, beliau memahami peranan utama yang dimainkan persatuan Cina dalam mempromosikan budaya Cina.

Sebagai contoh, kata Hiew USCCAKK bukan sahaja menjadi tuan rumah Festival Tanglung Pertengahan Musim Luruh, tetapi turut menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan.

Beliau menggesa belia Cina menyertai pertubuhan Cina dan menyumbang ke arah memelihara budaya Cina.

Sementara itu, Susan berterima kasih kepada Hiew kerana memberi sokongan dan bersetuju untuk menghadiri Festival Tanglung Pertengahan Musim Luruh, di Jalan Gaya pada 15 September, Ahad.

Tamat.

  • oleh
  • Advertisement