Anda di sini

44,196 calon menduduki UPSR di Sabah tahun ini

Advertisement
 Mistrine (berdiri, kiri) beramah mesra dengan calon-calon UPSR di SK St Agnes
TINJAU: Mistrine (berdiri, kiri) beramah mesra dengan calon-calon UPSR di SK St Agnes

KOTA KINABALU: Seramai 44,196 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sabah tahun ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Mistrine Radin berkata, jumlah berkenaan melibatkan seramai 38,325 calon dari Sekolah Kebangsaan (SK), 5,302 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 464 calon dari sekolah swasta.

Katanya, sebanyak 1,090 pusat peperiksaan dibuka termasuklah 987 pusat di SK, 86 pusat bagi SJKC dan 17 pusat sekolah swasta.

"Setakat jam 8 pagi, peperiksaan di setiap pusat berjalan lancar dan tahun ini terdapat enam calon yang menduduki peperiksaan di hospital.

"Seramai empat calon meNgambil peperiksaan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas manakala, dua lagi masing-masing di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan Hospital Gleneagles di sini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan tinjauan UPSR di SK St Agnes Likas dan HWKK, di sini semalam.

Selain itu, katanya, terdapat dua calon keperluan khas bagi masalah penglihatan turut menduduki UPSR tahun ini.

Mistirine berkata, tahun ini pihaknya menyasarkan pencapaian UPSR di Sabah memperolehi tahap minimum iaitu lulus setiap subjek.

Pada masa sama, jelasnya, peningkatan pencapaian jumlah lulus untuk subjek matematik turut disasarkan meningkat.

Sehubungan itu, beliau berharap kesemua calon UPSR di Sabah mampu menjawab soalan peperiksaan dengan tenang sehingga tamat UPSR.


 

  • oleh
  • Advertisement