Anda di sini

Yang di-Pertuan Agong mencemar duli lawat lokasi kebakaran

Advertisement
 Sultan Abdullah membalas lambaian tangan rakyat marhaen yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuklah mangsa kebakaran.
MELAMBAI: Sultan Abdullah membalas lambaian tangan rakyat marhaen yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuklah mangsa kebakaran.

TAWAU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat mencemar duli melawat mangsa dan lokasi kebakaran di Kg Tanjung Batu Keramat-Otentik, di sini semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal serta menteri Kabinet dan wakil rakyat.

Sultan Abdullah bertitah, baginda sudah lama ternanti-nanti masa untuk melawat mangsa kebakaran sebaik membaca dan melihat berita mengenai insiden terbabit berlaku.

“Saya membaca berita mengenai kebakaran yang berlaku ini ketika saya berada di Jakarta, Indonesia, (semasa melakukan) lawatan rasmi kepada presiden Republik Indonesia.

“Pada masa itu, hati saya sudah terasa bagai terpanggil supaya mesti datang ke Tanjung Batu ini,” katanya semasa berucap di Masjid al-Mukarramah Tanjung Batu Keramat.

Baginda bertitah, kehadirannya juga bukanlah bertujuan memancing undi (kerana bukan ahli parti politik) tetapi mahu melihat sendiri kesan kebakaran.

Malah, baginda turut menyatakan keinginannya untuk merasai sendiri kesusahan dan keperitan yang terpaksa dilalui oleh mangsa kebakaran akibat musibah terbabit.

“Pada Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu, satu lagi kejadian (kebakaran) berlaku di Pahang, di sebuah perkampungan yang terletak di Sg Lembing dan ‘mengambil’ dua nyawa.

“Namun, saya sudah memberi komitmen untuk ke sini, sebab itulah saya datang (ke Tawau) dan selepas ini barulah saya ke Sg Lembing dalam masa terdekat,” katanya.

 Sultan Abdullah melawat lokasi kebakaran sambil ditemani oleh Juhar dan Shafie.
LAWAT: Sultan Abdullah melawat lokasi kebakaran sambil ditemani oleh Juhar dan Shafie.

Dalam lawatannya, Sultan Abdullah berkesempatan menghadiri sesi taklimat operasi di pusat pengumpulan bantuan (Masjid Al-Mukarramah) dan taklimat situasi di lokasi kejadian.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong serta Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hata, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastrukur Datuk Abdul Muis Picho, Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Osman Jamal.

  • oleh
  • Advertisement