Anda di sini

Suspek langgar lari buruh binaan dicari

Advertisement
 Buruh binaan yang dilanggar lari di Kilometer 8 Jalan Beaufort-Papar.
MAUT: Buruh binaan yang dilanggar lari di Kilometer 8 Jalan Beaufort-Papar.

BEAUFORT: Polis kini giat mengesan pemandu serta kereta pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lari seorang buruh binaan di Kilometer 8 Jalan Beaufort-Papar, petang semalam.

Mangsa dikenal pasti sebagai Sukarno Pulalon, 35, seorang buruh binaan beralamat di Kampung Lumat di sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, kejadian kira-kira jam 6.30 petang Isnin itu membabitkan kereta pacuan empat roda berwarna hitam serta seorang pejalan kaki.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari arah Papar menuju ke Beaufort sebelum melanggar mangsa yang ketika itu sedang melintas jalan.

"Suspek kemudiannya bertindak meninggalkan lokasi dan impak kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati kejadian disebabkan kecuaian mangsa yang melintas jalan secara berbahaya.

"Polis bagaimanapun sedang menjalankan siasatan lanjut berkenaan kejadian dan giat mengesan kenderaan serta pemandu yang melarikan diri dari lokasi kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

  • oleh
  • Advertisement